Berita Harian

Lelaki ditahan bersama 62,000 pil kuda

Rampasan kedua terbesar di Kelantan bernilai RM1.24 juta

- Oleh Siti Rohana Idris

Polis Kelantan merampas 62,000 pil kuda bernilai RM1.24 juta menjadikan rampasan itu kedua terbesar di Kelantan untuk tahun ini.

Berikutan rampasan itu, polis menahan seorang pemuda berusia 24 tahun di Pasir Pekan, Tumpat pada Khamis lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, berkata rampasan itu dianggap kejayaan besar buat pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Tumpat.

“Dalam serbuan pada jam 4.20 petang di Kampung Pasir Pekan Hilir, sepasukan anggota kami menahan suspek terbabit yang keluar dari kereta Proton Wira dalam keadaan mencurigak­an.

“Hasil pemeriksaa­n dalam kereta menemui satu beg kain jeans biru di atas kerusi bahagian penumpang hadapan mengandung­i 6,000 biji pil yang disyaki pil kuda,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Ab Rahman berkata, 20 minit selepas serbuan pertama itu, suspek membawa pasukan polis ke sebuah lagi rumah kira-kira lapan kilometer di Kampung Pasir Pekan.

Satu rekod jenayah lampau

Suspek menyerahka­n satu bekas plastik merah yang diambil dari sebuah bilik di rumah itu mengandung­i sembilan bungkusan kuning mengandung­i 56,000 pil kuda.

Bagaimanap­un, ujian saringan yang dibuat terhadap suspek didapati negatif dadah namun dia mempunyai satu rekod lampau Seksyen 376 Kanun Keseksaan bersabit kes rogol.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu hingga Khamis ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

 ?? [FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] ?? Ab Rahman (dua dari kanan) menunjukka­n rampasan 62,000 biji pil kuda bernilai RM1.24 juta pada sidang media di IPK Kelantan, Kota Bharu, semalam.
[FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] Ab Rahman (dua dari kanan) menunjukka­n rampasan 62,000 biji pil kuda bernilai RM1.24 juta pada sidang media di IPK Kelantan, Kota Bharu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia