Berita Harian

Ibu tua uzur terpaksa minum air rebusan nasi

-

Raub: Kasih ibu membawa ke syurga. Itu gambaran mengenai ketabahan seorang ibu tunggal, Nazimah Mat Peah yang sanggup menjaga ibunya yang uzur walaupun hidup dalam serba kekurangan.

Nazimah, 44, dari Kampung Panchur, dekat sini, walaupun hidup dalam kesempitan selepas ditinggal suami lebih 10 tahun lalu namun tetap menguruska­n ibunya sebaik mungkin kerana di situlah terletakny­a syurga bagi seorang anak.

Beliau yang tidak mempunyai pekerjaan tetap berkata, ibunya, Aminah Abad, 78, tiba-tiba tidak dapat bergerak pada penghujung 2014 selepas kedua-dua matanya buta akibat dimasuki habuk.

“Sebelum ini, ibu pernah bekerja di ladang sawit dan pada waktu itu matanya dimasuki habuk sehingga menyebabka­n kedua-dua matanya buta.

“Keadaan semakin buruk apabila ibu tidak dapat lagi melihat dan badannya juga semakin susut akibat kuman yang merebak dan akhirnya menyebabka­n dia lumpuh,” katanya ditemui di sini, semalam.

Terima bantuan RM300

Ibu tunggal yang mempunyai tiga anak itu berkata, beliau memerlukan kos perbelanja­an seperti membeli lampin dewasa dan susu khas untuk ibunya yang kini bergantung pada tiub untuk membuang air dan menyalurka­n minuman.

Namun, beliau tidak mampu membeli susu khas untuk ibunya setiap bulan dan menggantik­an dengan air rebusan nasi sahaja.

“Sebelum ini, ibu ada menerima bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ringan sikit beban kami kerana keperluann­ya masih boleh ditampung dengan wang yang diterima.

“Bantuan terhenti sejak setahun lalu disebabkan lambat mengemas kini maklumat mengenai ibu saya sedangkan ketika itu ibu semakin uzur.

“Saya juga tidak boleh bekerja kerana perlu menjaga ibu dan hanya mengharap bantuan dua anak yang kerja kampung untuk menghulur sedikit bantuan bagi menampung keperluan,” katanya.

Naimah berkata, banyak bantuan yang cuba dimohon termasuk zakat bagi membantu kehidupann­ya sebagai ibu tunggal namun semuanya gagal.

“Sudah banyak pejabat saya naik turun untuk mohon bantuan, tapi tiada siapa yang peduli, malah banyak sudah borang yang saya isi untuk mendapatka­n bantuan.

“Bekas suami warga asing, dia meninggalk­an saya dan tiga anak begitu sahaja tanpa sebarang khabar. Saya tidak mempunyai surat cerai dan ia antara sebab untuk tidak melayakkan saya menerima apa-apa bantuan,” katanya.

 ?? [FOTO SHAHRINNAH­AR LATIB/BH] ?? Nazimah menjaga ibunya, Aminah yang uzur di rumah mereka di Kampung Panchur, Raub, Pahang.
[FOTO SHAHRINNAH­AR LATIB/BH] Nazimah menjaga ibunya, Aminah yang uzur di rumah mereka di Kampung Panchur, Raub, Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia