Berita Harian

Jubah, qamis antara pakaian Rasulullah

-

Diriwayatk­an daripada almughirah bin Syu’bah, beliau menceritak­an: “Rasulullah SAW pernah memakai baju jubah Rumawi yang mempunyai dua lengan yang sempit.” (Jami’at at Tirmizi)

Al-jubbah bermaksud pakaian lelaki yang labuh dan luas, terbuka di bahagian hadapan dari atas hingga bawah dan dipakai pada sebelah luar pakaian. Dalam Sunan Abu Daud dinyatakan bahawa jubah Rumawi dibuat daripada bulu binatang.

Imam al Baijuri juga menyebut, jubah itu dipakai Baginda SAW ketika mahu bermusafir. Ada pendapat mengatakan Rasulullah memakainya ketika Perang Tabuk.

Jubah dibuat di Rom

Ia digelar jubah Rumawi kerana buatannya dari Rom. Ada riwayat yang menyebut jubah Syamiyah (merujuk kepada Syam). Tiada percanggah­an dalam kedua-duanya kerana ketika itu Syam di bawah jajahan Rom.

Antara pakaian yang pernah dipakai Rasulullah adalah qamish iaitu baju yang mempunyai belahan leher dan dua lengan, kain selendang atau ridak, kain burdah yakni selimut yang biasanya bercorak jalur dan kain mirth iaitu kain panjang dan besar diperbuat daripada kapas. Menurut

Imam al Khatabbi ia adalah kain sarung.

Rasulullah menyukai pakaian berwarna putih walaupun Baginda pernah memakai pakaian berwarna merah dan hijau. Petikan dari buku Kenali Rasul Kita Muhammad SAW : Menyingkap Keperibadi­an dan Cara Hidup Insan Mulia oleh Imam at Tirmizi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia