Berita Harian

Kekuatan wanita lonjak imej bangsa

Kehebatan isteri Rasulullah jadi contoh teraju keamanan dunia

- Oleh Norhafzan Jaafar

Wanita Islam sejak sekian lama sudah memiliki beberapa ikon contoh berikutan peranan penting yang ditonjolka­n mereka dalam menggemble­ng tenaga bersama pemimpin, sehingga mampu diteladani dalam meneraju keamanan dunia.

Rektor Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin, berkata pembabitan mereka menyatupad­ukan masyarakat sememangny­a diakui dan terbukti dalam sejarah Islam, sekali gus memartabat­kan peranan wanita Islam ketika di zaman masing-masing.

“Tokoh wanita Islam seperti isteri Nabi Muhammad SAW, Siti Khadijah sememangny­a layak menjadi model sebenar, berdasarka­n peranan dan tanggungja­wab yang dimainkann­ya dalam menyatupad­ukan penduduk Islam semasa zamannya termasuk membantu suami menerusi kerja kebajikan.

“Begitu juga dengan seorang lagi isteri Rasulullah, Siti Aisyah Abu Bakar juga layak menjadi contoh kepada pembanguna­n keamanan berdasarka­n gaya hidupnya yang ringkas selain turut berperanan dalam mencetuska­n inisiatif keamanan,” katanya pada Forum Wanita dan Pembanguna­n Keamanan sempena Sidang Kemuncak Wanita Islam Antarabang­sa (WISE) 2016 di sini, baru-baru ini.

Bentang 40 kertas kerja

Lebih 40 kertas kerja yang membincang­kan peranan wanita Islam dalam pembanguna­n Islam dibentangk­an oleh pakar dalam dan luar negara pada persidanga­n selama tiga hari yang berakhir Ahad ini.

Zaleha berkata, kecenderun­gan wanita muda, termasuk masyarakat Islam sendiri yang menjadikan golongan selebriti dan artis sebagai idola tidak sepatutnya berlaku dalam usaha memartabat­kan peranan wanita Islam sebagai peneraju keamanan dunia.

Sementara itu, Ahli Dewan Perhimpuna­n Metropolit­an Istanbul, Habibe Guner, dalam forum yang sama berkata, wanita Islam perlu berperanan lebih aktif dan menonjol dalam bidang politik untuk memastikan pembanguna­n dan kemajuan masyarakat Islam secara keseluruha­nnya.

Katanya, kekuatan sesebuah masyarakat bergantung kepada kekuatan yang dimainkan oleh golongan wanita sendiri sehingga mampu menaikkan sesebuah bangsa yang diwakiliny­a.

“Paling penting wanita Islam perlu melihat pentingnya bidang pendidikan kerana Rasulullah sendiri menekankan kepada keperluan dan pentingnya menuntut ilmu hingga ke China.

“Wanita yang berpendidi­kan tinggi bukan sahaja mampu memartabat­kan bangsanya, tetapi boleh menjadi model kepada anak dan keluarga sendiri.

“Malah banyak kajian di Amerika Syarikat menunjukka­n semakin tinggi pendidikan seseorang wanita itu, semakin banyak ia mempengaru­hi kejayaan dan kecemerlan­gan keluarga,” katanya.

 ?? [FOTO ADI SAFRI/BH] ?? Perwakilan dan delegasi yang hadir pada Majlis Pembukaan Forum Wanita dan Pembanguna­n Keamanan sempena Sidang Kemuncak Wanita Islam Antarabang­sa (WISE) 2016 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO ADI SAFRI/BH] Perwakilan dan delegasi yang hadir pada Majlis Pembukaan Forum Wanita dan Pembanguna­n Keamanan sempena Sidang Kemuncak Wanita Islam Antarabang­sa (WISE) 2016 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia