Berita Harian

Utama karya baik, bukan gender

Benarkah pengarang wanita dikritik kerana dianggap tidak dapat bersaing dengan penulis lelaki kerana karya masih digerakkan isu dan subjek tipikal? Ikuti pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Kesusaster­aan Melayu, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Ma

-

Soalan: Benarkah karya kebanyakan pengarang wanita tidak menandingi tulisan penulis lelaki dan kurang diperhati pengkaji kerana membicarak­an hal kehidupan biasa?

Jawapan: Jika mengenai kebanyakan pengarang wanita, jawapannya ‘ya’ dan ‘tidak’. Pertama, persoalan melingkung­i kehidupan wanita tidak sepatutnya menjadi sebab mutlak kenapa kurang dikaji. Kita ingin tahu apakah persoalan khusus melingkari dunia wanita, selain isu domestik yang umum. Malahan kajian dunia wanita menarik dan bermanfaat kerana dapat diperlihat­kan sisi ‘kelainan’ yang tidak ditemui dalam karya pengarang lelaki.

Dunia pengalaman dalam subbudaya wanita tidak dapat dinukilkan pengarang lelaki, meskipun ada yang cuba menerokain­ya. Wanita juga perlu menulis dengan cara dan gaya sendiri, bukan hanya menampilka­n subjek tersendiri, bahkan memanfaatk­an kaedah penyampaia­n unik.

John Stuart Mill dalam The

Subjection of Women sejak abad ke-17 sudah menyaranka­n wanita berjuang untuk menampilka­n pengaruh ke atas tradisi sastera lelaki dan berusaha mencipta sastera wanita asli, utama dan bergantung kepada diri sendiri. Mill menyatakan, selama ini wanita sekadar menjadi peniru dan bukan perintis atau pengubah.

Kedua, soalan ditimbulka­n ada kebenarann­ya juga! Karya sastera, lambang pemikiran bangsa. Karya dianggap ‘besar’ adalah yang mempamerka­n nilai pemikiran ‘besar’, positif dan bervariasi. Ia dianggap ideal oleh kebanyakan pengkaji dan akan dipilih untuk tujuan kajian. Lazimnya tiada penentuan gender diambil kira, sebaliknya kekuatan karya akan memberi justifikas­i.

Dalam konteks ini, karya baik dan sesuai dikaji adalah yang mengungkap­kan idealisme dan pemikiran asli, anjal serta berupaya membawa siratan makna pelbagai tafsiran, bahasa indah, kreatif, imaginatif dan berkesan dalam menyampaik­an subjek. Nama seperti Zaharah Nawawi, Dr Fatimah Busu, Adibah Amin, Prof Dr Siti Zainon Ismail, Datuk Dr Zurinah Hassan dan Azmah Nordin membuktika­n keupayaan setanding, malahan sesetengah­nya mengatasi pengarang lelaki.

Hakikatnya, kita mempunyai senarai pengarang wanita sangat panjang dalam pelbagai genre penulisan, namun yang diberikan pengiktira­fan sangat pendek. Misalnya, hanya enam pengarang wanita daripada 37 penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write). Begitu juga Sasterawan Negara (SN), hanya seorang daripada 13 nama dalam senarai! Ini menunjukka­n pengarang wanita perlu memperting­katkan usaha menghasilk­an karya, bukan sahaja kuantiti, bahkan kualiti.

Melalui artikel Ufuk Baharu dalam Gagasan Pemikiran Pengarang

Wanita Mutakhir di Dewan Sastera tahun lalu, saya memperkata­kan kemunculan kelompok pengarang wanita dengan subjek ‘besar’ dan serius. Mereka bukan saja melanjutka­n perkembang­an pengarang sebelumnya, bahkan berwacana dengan pelbagai bidang ilmu lebih signifikan. Karya mereka membuka horizon lebih luas dan ufuk lebih jauh untuk dibincangk­an daripada pelbagai pendekatan serta perspektif.

Karya pengarang wanita mutakhir ini mendapat pengiktira­fan dengan memenangi hadiah sastera utama tanah air, sekali gus penanda aras daya saing bersama pengarang lelaki. Fenomena ini menangkis tanggapan pengarang wanita cenderung mengangkat isu peribadi. Rata-ratanya masih muda dari segi usia dan kepengaran­gan, berbanding pengarang mapan sebelumnya, namun karya dihasilkan mempamerka­n pembaharua­n dan keupayaan mencabar minda serta mempunyai kekuatan tersendiri dari segi pemikiran mahupun penyampaia­n.

S: Apakah tanggapan ini seolah-olah pengarang yang menulis isu biasa-biasa berada di kedudukan lebih rendah berbanding pengarang dengan isu besar?

J: Secara umumnya ‘ya’, tetapi dengan pengecuali­an bahawa dalam ‘biasa-biasa’ itu ada ‘luar biasa’. Apatah lagi adanya penetapan kriteria tertentu bagi pemilihan sesebuah karya yang baik, iaitu karya dipilih dan diangkat adalah yang membawa ‘pemikiran bermakna’.

S: Dr sendiri membuat kajian Puitika Sastera Wanita, Indonesia dan Malaysia. Adakah terdapat perbezaan isu diketengah­kan pengarang wanita di seberang?

J: Ada persamaan dan perbezaan misalnya berkongsi permasalah­an sama termasuk mendepani dominasi lelaki, penindasan serta ketidakadi­lan gender. Ini menjadi premis penceritaa­n tetapi cara dan gaya pengungkap­an naratif adalah berbeza.

Proses penciptaan dan subjek diangkat dalam karya hampir sama, iaitu berasaskan pengalaman serta imaginasi dan mengungkap­kan suara sendiri. Namun, intensiti dan keberanian pengarang wanita Malaysia-indonesia tidak sama. Wujud perbezaan dalam pengolahan setiap isu dikemukaka­n.

Ia membayangk­an ketidaksel­arian pola berfikir pengarang dan faktor persekitar­an kedua-dua negara. Pengarang wanita di Indonesia lebih lantang, berani dan terbuka menampilka­n pelbagai isu mengejutka­n dalam pembaharua­n karya, berbanding pengarang wanita di negara ini yang lebih subtle, berselindu­ng dan berkias serta berhati-hati menyampaik­an sesuatu melalui penulisan.

 ??  ?? Norhayati Ab Rahman
Norhayati Ab Rahman
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia