Berita Harian

Langkah tegas perlu elak murid maut kemalangan

-

Adalah satu perkara yang sangat menyedihka­n apabila dua kanak-kanak terbunuh, manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan jalan raya berhampira­n kawasan sekolah masing-masing dalam tempoh seminggu. Tahap keselamata­n jalan raya yang rendah seperti ini satu ancaman kepada murid atau pelajar ke sekolah.

Awal minggu ini seorang pelajar Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Santong, Dungun telah maut dirempuh kereta ketika cuba melintas jalan raya berhampira­n dengan sekolahnya. Kejadian ini diikuti dengan kemalangan maut pelajar dari tahun yang sama Sekolah Kebangsaan Teluk Medan, Bagan Serai yang digilis lori ketika cuba melintas bersama rakan-rakannya yang lain.

Terbaru, seorang murid Tahun Satu cedera parah apabila dilanggar sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Pegoh, Alor Gajah.

Tindakan segera dan pantas dalam membendung perkara ini daripada menjadi lebih serius perlu diambil bagi mengelakka­n jalan raya terus menjadi lokasi maut buat anak kita. Pada usia yang muda seperti ini, anak ini masih belum mampu berfikir secara sempurna dan menilai tahap bahaya yang mereka sedang hadapi.

Saiz badan kecil

Mereka tidak dapat mengagak jarak dan kelajuan dengan tepat, saiz badan yang kecil menyebabka­n mereka mudah terlindung dan badan mereka tidak mampu menahan impak kemalangan seperti orang dewasa. Oleh itu, mereka memerlukan bantuan kita semua.

Kemudahan pejalan kaki adalah sangat kritikal dalam memastikan pelajar ini sampai dengan selamat ketika pergi dan balik dari sekolah. Namun, hasil kajian MIROS 2014 di 195 sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitar Selangor mendapati fakta keadaan jalan yang berikut:

1. Tidak mempunyai laluan pejalan kaki (59 peratus);

2. Tidak dilengkapi dengan tanda amaran (48 peratus);

3. Tidak dilengkapi dengan kemudahan melintas (49 peratus);

4. Tidak mempunyai bonggol atau sebarang pengurang kelajuan lain (50 peratus) dan

5. Tidak mempunyai Warden Trafik Sekolah (72 peratus)

Daripada hasil dapatan ini, pihak berwajib adalah disarankan mengaudit keadaan keselamata­n jalan raya di kawasan sekolah dan menjalanka­n tindakan penambahba­ikan bagi mengurangk­an risiko kemalangan bagi kanak-kanak ini.

Perkongsia­n pintar antara Jabatan dan agensi Kerajaan juga adalah diperlukan bagi memastikan keselamata­n dan nyawa anak ini lebih diambil berat. Sebagai contoh, pihak polis dan RELA boleh membantu sekolah yang berada di kawasan yang sesak dengan kenderaan bagi membantu pelajar melintas.

Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan penting dalam mengurangk­an kemalangan ini dengan melantik warden trafik sekolah untuk membantu pelajar melintas. Pihak sekolah juga boleh memperketa­tkan peraturan di kawasan sekolah dengan menyediaka­n kawasan untuk mengambil dan menurunkan pelajar.

Kawasan ini perlu bagi memastikan ibu bapa tidak meletakkan kereta mereka di sepanjang jalan dan menyebabka­n pelajar terlindung daripada pandangan pemandu lain. Orang ramai juga diseru agar lebih prihatin dan menghormat­i undang-undang demi kebaikan bersama

Pemandu perlu peka hampiri kawasan sekolah

Pemandu perlulah peka apabila menghampir­i kawasan sekolah dengan mengurangk­an kelajuan kepada 30 kilometer (km) sejam dan sentiasa berwaspada dengan kanak-kanak yang mungkin akan meluru ke jalan raya. Pemandu juga perlu menghormat­i tanda amaran yang dikeluarka­n oleh warden trafik sekolah ketika membantu pelajar melintas dan berhenti apabila disuruh berbuat demikian.

Tindakan yang lebih tegas perlu diambil terhadap pemandu yang degil dan mementingk­an diri dengan tidak mematuhi arahan warden trafik sekolah ini. Kadar denda RM100 yang dikenakan kepada mereka yang tidak memberhent­ikan kenderaan apabila diminta berbuat demikian oleh warden trafik sekolah ini mungkin perlu ditingkatk­an untuk meningkatk­an kadar pematuhan. Tindakan lebih serius juga wajar bagi pemandu yang didapati cuai dan menyebabka­n kematian di kawasan sekolah kerana nyawa manusia ini tiada gantinya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pemandu perlu mengurangk­an kelajuan dan memberhent­ikan kenderaan ketika pelajar melintas jalan.
[FOTO HIASAN] Pemandu perlu mengurangk­an kelajuan dan memberhent­ikan kenderaan ketika pelajar melintas jalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia