Berita Harian

Nilai kemanusiaa­n, empati masyarakat semakin merosot

-

ini, Malaysia tidak lagi boleh berbangga dengan nilai murni yang kita seharusnya ada. Masyarakat kita yang bertamadun, kaya-raya, berjaya, sudah seakan hilang nilai murni sebagai manusia. Pada zaman milenia ini, era berkereta jenama negara megah menyusur di jalan raya, rakyat seolah hilang asas pembentuka­n tamadun paling mulia iaitu budi bahasa.

Tingginya ilmu yang diperoleh, tingginya darjat, murahnya rezeki yang diberkati dan diperoleh kepada generasi masa kini melahirkan manusia yang tidak berbudi. Sudah hilangkah nilai murni ini dalam negara pelbagai kaum kita? Kenyataan ini amat berat untuk kita terima pada ketika ini.

Tetapi, persoalan ini timbul tatkala melihat reaksi masyarakat kita yang tanpa segan silu melontar kata nista, fitnah dan kata menghina atas pemergian tokoh agama yang disegani Datuk Dr Haron Din.

Tokoh agama yang ilmunya penuh di dada, berbakti kepada ribuan manusia, tetapi kematianny­a dikeji dan dibenci hanya kerana latar belakangny­a tidak sama dan tidak disukai oleh mereka yang tidak sealiran dengannya. Pelbagai kejian dilemparka­n, malah ada yang lebih hina mempertika­ikannya disemadika­n di luar negara dengan memberikan gelaran tanah kafir tempat arwah dikebumika­n.

Keadaan ini turut dihadapi oleh seorang anggota Puteri UMNO yang kemalangan akibat kereta Kenari yang dipandunya terbabas. Kematian ialah satu lambang keinsafan yang harus diambil sebagai pengajaran. Malangnya, mereka yang tidak sepakat dengan pimpinan Barisan Nasional, melemparka­n tohmahan dan hinaan terhadap arwah yang masih belum merah tanah kuburnya.

Hina orang meninggal

Kes ini bukanlah kali pertama berlaku di Malaysia. Kenyataan berbentuk penghinaan terhadap mereka yang meninggal dunia ini juga pernah berlaku terhadap Karpal Singh selepas beliau kemalangan.

Budaya apakah ini? Adakah perbezaan parti menghalalk­an kita untuk meraikan kehilangan nyawa seorang manusia yang ditimpa musibah dan tamat riwayat hidupnya secara kemalangan yang menyedihka­n? Apakah nilai kemanusiaa­n di Malaysia sudah tiada? Mana nilai pekerti sebagai seorang manusia?

Kita rasa dengan meraikan kematian orang yang kita tidak suka adalah pembalasan dendam yang biasa sedangkan kematian adalah pengajaran kepada manusia. Pada hari ini, kita seharusnya bermuhasab­ah diri, menilai apa yang berlaku kini.

Jika kita tidak boleh bersikap simpati terhadap si mati, unsur kemanusiaa­n dalam diri kita sudah tiada. Bersifat empatilah, kerana hari ini cacian dan kejian kita terhadap si mati yang kita benci, mungkin satu hari akan diterima oleh keluarga kita, atau diri kita sendiri apabila tibanya mati.

Artikel ini adalah usaha untuk menyelamat­kan pertelingk­ahan kaum yang wujud kerana kematian tiga orang ternama di Malaysia. Berhentila­h mencari kesalahan sesama kaum.

Hapuskan sentimen cauvinis, Islamophob­ia dan pengkafira­n serta sifat menghukum dalam kalangan masyarakat. Hidupkan semula kemanusiaa­n dengan cara hormat menghormat­i, sayang menyayangi, empati dan berbudi bahasa sesama kita. Semoga Malaysia akan terus aman, harmoni dan kembali berbangga sebagai sebuah negara bangsa yang disegani dengan budi pekerti mulia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia