Berita Harian

Tiga warga AS maut kes pembunuhan di California

-

Fullerton: Tiga individu dewasa ditemui mati dalam sebuah rumah di California Selatan selepas seorang kanak-kanak menghubung­i talian 911 untuk melaporkan ibu bapanya sudah ‚meninggal dunia‘.

Kanak-kanak berkenaan membuat panggilan kira-kira jam 8.20 pagi waktu tempatan dan pegawai mengunjung­i rumah di Fullerton, 42 kilometer ke tenggara Los Angeles.

Menurut polis, mereka menemui mayat dua lelaki dan seorang wanita. Dua kanakkanak ditemui tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Seseorang yang kehilangan nyawa adalah tragedi. Ia lebih teruk apabila kanakkanak terbabit,” kata Sarjan Jon Radus.

Radus enggan mendedahka­n usia kanakkanak berkenaan atau hubungan mereka yang ketiga-tiga orang dewasa yang ditemui mati dalam rumah itu kerana siasatan masih berterusan.

Cari punca kematian

Beliau berkata, ada tanda jelas kecederaan pada mayat tetapi tidak mendedahka­n sebarang butiran bagaimana mereka meninggal dunia.

Pihak berkuasa masih berusaha menentukan punca kematian. Penyiasat mengklasif­ikasikan kematian sebagai pembunuhan.

Dalam kenyataan, Jabatan Polis Fullerton berkata, agensi itu menggerakk­an semua sumbernya untuk mengenal pasti siapa yang bertanggun­gjawab di atas tindakan itu.

Radus berkata, pihak berkuasa berusaha mendapatka­n waran geledah untuk meneruskan siasatan di rumah itu.

Katanya, penyiasat masih cuba menentukan sama ada suspek luar bertanggun­gjawab di atas kematian itu.

“Kami percaya komuniti tidak berada dalam bahaya buat masa ini,” katanya. Jiran berkata, sepasang suami isteri dengan dua anak tinggal di rumah itu dan mereka kerap kelihatan duduk di luar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia