Berita Harian

Cameron tuduh May musuh dalam selimut

PM Britain tak sokong kempen Britain kekal EU

-

Bekas Perdana Menteri Britain, David Cameron merasa begitu dikecewaka­n oleh Theresa May ketika kempen pungutan suara Kesatuan Eropah (EU), menurut bekas pengarah komunikasi beliau.

Bekas pengarah komunikasi beliau, Sir Craig Oliver, berkata bekas Setiausaha Dalam Negeri itu gagal menyokong kempen Kekal sebanyak 13 kali dan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai musuh dalam selimut.

Katanya, Boris Johnson juga percaya bahawa kempen Tinggal itu akan hancur.

Tiada maklum balas

Setakat ini kedua-dua Downing Street dan setiausaha luar itu belum memberi sebarang maklum balas berhubung dakwaan berkenaan.

Dakwaan itu dinyatakan di dalam dalam buku tulisan Sir Craig, Unleashing Demons: The Inside Story Of Brexit dan disiarkan secara bersiri dalam akhbar Mail pada Ahad.

Dalam kandungan buku berkenaan, Sir Craig berkata Cameron pada mulanya mahu kekal sebagai Perdana Menteri, walaupun kehilangan pungutan suara.

Bagaimanap­un, beliau kemudian mengubah keputusan kerana bimbang sekiranya kekal di Downing Street beliau seolah menunggu masa untuk disembelih.

Cameron meletak jawatan sebagai perdana menteri sehari selepas keputusan berkenaan dan digantikan oleh May.

Bagaimanap­un, pengerusi Parti Tory pantas mempertaha­nkan Perdana Menteri sambil menyifatka­n Bekas pengarah komunikasi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia