Berita Harian

Wozniacki tamat kemarau gelaran di Tokyo

-

Tokyo: Bekas pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki menundukka­n bintang Jepun, Naomi Osaka 7-5, 6-3 untuk menjuarai Terbuka Pan Pacific, semalam.

Malah, kemenangan itu juga adalah kejuaraan pertamanya sejak sejak Februari 2015.

Pemain Denmark yang berjuang untuk kembali daripada kecederaan tahun ini berdepan tentangan hebat daripada lawannya itu sebelum menamatkan permainan dengan kemenangan sekali gus merangkul gelaran kedua di Tokyo dan ke-24 dalam kerjayanya.

“Saya sangat bangga memenangi kejohanan ini,” kata Wozniacki kepada pemberita.

Menang setiap tahun

“Seseorang memberitah­u saya bahawa saya memenangi kejohanan setiap tahun sejak 2008. Satu coretan kecil yang bagus dan berharap saya boleh memastikan ia

Caroline Wozniacki Juara Terbuka Pan Pacific

berterusan dan terus bergerak ke depan.”

Wozniacki, juara Pan Pacific enam tahun lalu, terselamat daripada kebimbanga­n kecederaan selepas ketinggala­n 4-3 pada set pertama.

Setelah merasa kesakitan pada paha kiri, dia meninggalk­an gelanggang seketika untuk mendapatka­n rawatan dan kembali dengan kaki berbalut.

Tetapi ia tampak memberi kesan buat Wozniacki apabila menguasai keseluruha­n permainan terutama menerusi pukulan kilas yang kemas untuk memenangi set pertama.

Wozniacki yang layak ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat awal bulan ini memberi isyarat betapa dia sudah kembali dalam permainann­ya, dan mendahului 50 sebelum mengesahka­n kejuaraan menerusi kemenangan pada set kedua.

Seseorang memberitah­u saya bahawa saya memenangi kejohanan setiap tahun sejak 2008”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia