Berita Harian

Marquez kian selesa dahului pencabar

Kutip 248 mata dengan baki empat perlumbaan musim ini

-

Marc Marquez menjarakka­n pungutan mata kejuaraan Motogp daripada pencabar utamanya, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo selepas memenangi perlumbaan Grand Prix Aragon, semalam.

Meskipun bermula di petak depan, namun pelumba tuan rumah itu bergelut pada awal perlumbaan selepas tercicir ke tangga kelima angkara kesilapan kecil namun segera bangkit untuk muncul juara kali keempat musim ini.

Dalam pada itu, juara bertahan, Lorenzo yang memenungga­ng Yamaha menang di tangga kedua mengatasi rakan sepasukan, Rossi.

Marquez kini mendahului Rossi 52 mata dengan berbaki empat perlumbaan manakala Lorenzo di tempat ketiga dengan beza 14 mata di belakang Rossi.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan hari ini, kerana Rossi sentiasa mengejar kutipan mata, tetapi sekarang ia tidak berlaku lagi,” kata Marquez.

Rossi selaku juara dunia sembilan kali belum pernah menang di Aragon namun mampu menaiki podium meskipun bermula dari petak keenam.

Jentera terpantas

Marquez nyata menguasai perlumbaan sejak mula dan membuktika­n dia memiliki jentera terpantas dengan memintas Rossi pada 12 pusingan terakhir.

“Saya menggunaka­n tayar keras dan sedikit demi sedikit berjaya menguasai rentak perlumbaan.

“Sebaik melihat ruang selesa Valentino saya memecut dan dan cuba mengawal rentak perlumbaan di depan,” katanya.

Lorenzo yang mengalami kemalangan pada sesi memanaskan enjin sebelum perlumbaan itu percaya nahas kecil itu menjejaska­n peluangnya namun gembira menamatkan saingan di tempat kedua.

“Mungkin kemalangan kecil itu membantu saya menang di tempat kedua.

“Tayar lembut tidak begitu selesa, naluri saya mengatakan memilih tayar keras dan sebab itulah saya menang juga akhirnya,” katanya.

 ??  ?? Marquez (tengah) meraikan kejayaan di podium bersama Lorenzo (kiri) dan Rossi selepas tamat perlumbaan di Grand Prix Aragon, semalam.
Marquez (tengah) meraikan kejayaan di podium bersama Lorenzo (kiri) dan Rossi selepas tamat perlumbaan di Grand Prix Aragon, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia