Berita Harian

Juve sedia bangkit aksi Liga Juara-juara

-

Milan: Massimilia­no Allegri menegaskan betapa fokus penuh pasukannya, Juventus kepada mendapatka­n mata dalam kempen Liga Juara-juara selepas menang tipis 1-0 di Palermo, semalam.

Juara Itali itu akan berkunjung ke Dinamno Zagreb, Rabu ini dan mencari kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan H selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Sevilla di Turin, Khamis lalu.

Namun tidak seperti Napoli yang menang 2-0 di tempat sendiri ke atas Chievo yang menyaksika­n Marek Hamsik meledak jaringan ke-100 untuk kelab, beberapa hari sebelum menanti kunjungan Benfica di San Paolo.

Allegri menggandin­gkan penyerang Gonzalo Higuain dan Mario Mandzukic buat kali pertama yang menyaksika­n persembaha­n tidak menjadi.

“Dari segi teknikal, kami perlu melakukan lebih baik, tetapi kami membawa pulang tiga mata,” kata Allegri kepada Sky Sport.

Nilai gandingan

Pertahanan, Leonardo Bonucci berkata: “Dari segi teknikal, kami membuat banyak kesilapan dan apabila anda bermain untuk Juventus, ia tidak boleh berlaku. Pengurus Juventus

“Palermo bertahan dengan baik. Kami perlu menggunaka­n permainan ini sebagai batu loncatan untuk tampil lebih baik.”

Ditanya mengenai gandingan Mandzukic-higuain, Allegri menambah: “Jika anda bertanya kepada saya, mereka melakukann­ya dengan baik.

“Ia adalah kali pertama mereka beraksi bersama di bahagian serangan dan saya mahu melihat bagaimana buruk dan baik gandingan itu.”

“Namun, sekarang kami fokus kepada perlawanan dengan Zagreb, yang mana kami mahu menang.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia