Berita Harian

Guardiola tekad gilap Aguero peledak berbisa

-

Swansea: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola bertekad untuk menjadikan Sergio Aguero sebagai penyerang yang lebih baik.

Pemain antarabang­sa Argentina itu menjaringk­an dua gol selepas kembali ke dalam skuad City dengan pasukan pelawat merekodkan 10 kemenangan dalam liga dan saingan piala musim ini hasil kejayaan menewaskan Swansea 3-1, malam kelmarin.

Selepas terlepas tiga perlawanan sebelum ini kerana digantung, Aguero hanya mengambil masa lapan minit untuk meletakkan City di depan.

Fernando Llorente menyamakan kedudukan lima minit kemudian tetapi sepakan penalti Aguero pada minit ke-65 dan gol ketiga daripada Raheem Sterling ketika perlawanan berbaki 13 minit melengkapk­an kemenangan City.

Miliki kemahiran

Kejayaan itu menyaksika­n anak buah Guardiola sudah merekodkan enam kemenangan berturut-turut dalam saingan liga musim ini.

Pengendali dari Sepanyol itu gembira dengan kemenangan berkenaan tetapi masih mahu pemainnya memberikan yang lebih termasuk Aguero yang menjaringk­an 11 gol daripada enam perlawanan setakat ini.

“Saya mahu ucapkan tahniah kepada Aguero di atas prestasiny­a terutama untuk gol pertama. Saya gembira untuk dia, tetapi saya fikir dia boleh bermain dengan lebih baik lagi dan saya akan bercakap dengannya.

“Dia mempunyai kemahiran yang hebat di dalam kotak penalti, tiada apa yang boleh saya lakukan lagi untuk membantuny­a. Namun, mungkin saya boleh bantu dia menjadi lebih baik seperti mengawal bola dan membantu seluruh pasukan,” kata Guardiola.

 ??  ?? Aguero meledak dua gol selepas digantung tiga perlawanan sebelum ini.
Aguero meledak dua gol selepas digantung tiga perlawanan sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia