Berita Harian

Mourinho tak akan sisih Rooney

-

Manchester: Wayne Rooney kekal sebagai tonggak utama Manchester United biarpun kapten The Red Devils itu diletakkan di bangku simpanan ketika menewaskan juara bertahan, Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Tindakan Jose Mourinho meletakkan Rooney di bangku simpanan dalam aksi di Old Trafford itu jelas membuahkan hasil positif berdasarka­n prestasi menakjubka­n dipamerkan barisan pemainnya.

Bagaimanap­un, pengurus United itu menegaskan Rooney kekal sebagai kapten pasukan dan memilih untuk memberi fokus terhadap prestasi Marcus Rashford dan Jesse Lingard berbanding menggunaka­n khidmat penyerang senior itu selepas aksi hambar dalam perlawanan sebelum ini.

“Dia tetap kapten saya. Jika dia di atas padang atau dia berada di rumah, dia tetap kapten saya.

Turun pemain muda

“Itu bukan masalah besar kerana kami fikir menentang pasukan seperti Leicester dengan cara mereka bertahan, ia adalah pilihan terbaik untuk kami.

“Kami menggunaka­n pemain Pengurus Man United muda yang pantas dengan Juan Mata di posisi yang mana dia boleh berkomunik­asi dengan pemain muda itu.”

“Jadi, ia berakhir dengan keputusan yang baik untuk kami. Jika saya tidak menurunkan Rashford, kamu akan tanya saya kenapa. Jika saya tidak menurunkan Lingard, kamu akan tanya kenapa, kamu lebih suka bertanya mengapa seseorang pemain itu tidak bermain.

“Ada masanya apabila saya membaca laporan seperti itu, saya merasakan saya langsung tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak tetapi satu yang saya tahu: Peraturan permainan,” kata Mourinho.

Kemenangan itu jelas melegakan United selepas merekodkan tiga kekalahan berturut-turut sebelum menewaskan kelab Divisyen 3, Northampto­n dalam aksi Piala Liga pada pertengaha­n minggu.

Namun, Mourinho berkata skuad bimbingann­ya masih lagi dalam proses pembentuka­n selepas bergelut dengan aksi tidak menentu musim lalu di bawah kendalian Louis van Gaal biarpun dia menegaskan tidak menyesal meletakkan sasaran tinggi musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia