Berita Harian

Hafizh gagal menyerlah

Hanya mampu kutip dua mata untuk kekal di tangga kelapan Moto2

- Oleh Sukhairi Thani

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah kecewa dengan prestasiny­a di Litar Motorland apatah lagi ia adalah salah sebuah trek perlumbaan kegemarann­ya.

Anak muda berusia 22 tahun itu menamatkan perlumbaan di tangga ke-14 dengan catatan 40 minit 24.322 saat selepas bermula dari petak ke-12.

Hafizh berkata, di sepanjang minggu ini dia bergelut dengan masalah tayar di bahagian hadapan dan juga belakang.

“Kadang-kadang trek yang saya minat (keputusan) tidak semestinya memihak kepada saya,” kata pelumba PETRONAS Raceline itu dalam sesi temubual khas menerusi aplikasi Skype bersama peminat di majlis ‘Pescao55 Motogp Live Viewing Party’, di sini semalam.

“Saya kecewa sedikit kerana tak dapat buat terbaik untuk peminat di Malaysia mahupun di sini (Aragon). Apapun, saya cuba perbaiki kesilapan ini daripada hari pertama hinggalah ke hari perlumbaan.

“Kami di sini cuba memahami masalah motosikal tetapi saya tak dapat atasi, baik daripada segi (tayar) bergegar dan menyasar di bahagian belakang.

Dapat sambutan hangat

“Ramai pelumba yang laju seperti (Johann) Zarco agak bergelut minggu ini dan perlumbaan juga agak perlahan daripada tahun lalu.

“Kadang-kadang, trek yang tak berapa minat pun saya boleh melakukan keputusan lebih bagus tetapi yang saya minat kadangkala tak dapat buat terbaik... mungkin inilah perlumbaan.”

Keputusan di Grand Prix (GP) Aragon itu membenarka­n Hafizh meraih dua mata berharga sekali gus menambah kutipan mata keseluruha­nnya kepada 103 mata untuk kekal berada di tangga kelapan carta kelas Moto2.

Sementara itu, majlis julung kali yang diadakan ini mendapat sambutan hangat daripada peminat sukan permotoran dengan kehadiran lebih 200 orang.

Mereka sudah mula memenuhi perkaranga­n Pescao Concept Store untuk menonton di skrin besar disediakan itu sejak jam 4 petang.

Dalam perkembang­an Moto3, dua pelumba negara, Khairul Idham Pawi dari pasukan Honda Team Asia dan Adam Norrodin (Drive M7 SIC), masing-masing menamatkan perlumbaan di tangga ke-22 dan 23.

Khairul Idham yang mencipta sejarah meraih kemenangan di GP Argentina dan Jerman menamatkan perlumbaan dengan catatan 40’27.432s manakala Adam, 40’27.722s.

Pusingan ke-15 selepas ini dijadual berlangsun­g di litar Twin Ring Motegi, Jepun pada 16 Oktober ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia