Berita Harian

HSN turut dimeriahka­n di luar bandar

- Oleh Ryan Stanley

Kota Kinabalu: Hari Sukan Negara (HSN) yang bakal berlangsun­g pada 8 Oktober ini bukan saja perlu meriah di kawasan bandar, malah di luar bandar terutama kampung, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Jika sebelum ini, penganjura­n secara besar-besaran berlangsun­g di bandar utama, tetapi pada tahun ini kita mahu penganjura­n di kampung atau luar bandar juga meriah.

“Hari Sukan Negara adalah untuk semua lapisan masyarakat dan kita juga gembira kerana hampir 7 juta penyertaan sudah direkodkan bagi menyertai pelbagai aktiviti sempena hari berkenaan,” katanya.

Peruntukan RM2.7 juta

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan peruntukan Hari Sukan Negara peringkat Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Jawatankua­sa Kesejahter­aan Dalam Bandar (JKDB) Sabah di Dewan Masyarakat Menggatal, di sini, semalam.

Pada majlis itu, beliau menyampaik­an peruntukan RM2.7 juta untuk dibahagika­n kepada 2,985 JKKK dan JKDB di seluruh negeri ini.

Yang turut hadir Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Khairy turut melahirkan rasa gembira apabila unjuran menunjukka­n kira-kira 750,000 peserta di Sabah, dijangka memeriahka­n sambutan hari berkenaan, tahun ini.

Katanya, angka itu melebihi sasaran 20 peratus daripada populasi penduduk di negeri ini dan berharap budaya amalan hidup sihat dapat ditingkatk­an dari semasa ke semasa.

“Saya juga cukup teruja apabila Sabah tidak hanya menumpukan sambutan Hari Sukan Negara di bandar, malah memperluas­kannya ke kawasan luar bandar serta pedalaman,” katanya.

Tawfiq mengumumka­n semua kemudahan kompleks sukan milik kerajaan negeri dibuka secara percuma kepada orang ramai pada hari berkenaan, bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia