Berita Harian

Hanis Nadiah julang Blue Warriors

-

Kuala Lumpur: Penyerang hoki negara, Hanis Nadiah Onn menyifatka­n dia seperti bermimpi selepas jaringan kemenangan­nya memastikan Blue Warriors bergelar juara edisi sulung Piala Cabaran Vivian May Soars, semalam.

Pada aksi final di Stadium Tun Razak itu, Blue Warriors yang juga pasukan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menewaskan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) 2-1.

Hanis, 20, yang dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak dengan 13 gol, berkata sebagai penyerang dia berpuas hati apabila mampu mengekalka­n rentak jaringanny­a untuk setiap perlawanan.

Penjaring terbanyak

“Memang saya sangat gembira dengan jaringan ini, malah sasaran saya untuk menjadi penjaring terbanyak musim ini turut menjadi kenyataan,” kata Hanis yang akan berangkat ke Perth, Australia bersama skuad kebangsaan, pagi ini.

Dalam pertembung­an ketiga membabitka­n kedua-dua pasukan pada kempen ini, Aida Fazriniza Zakaria terlebih dulu memecah kebuntuan buat Blue Warriors pada minit ke-19 sebelum tiba giliran Hanis (m29).

Namun, SSTMI yang segar dengan kejayaan merangkul gelaran Liga Hoki Wanita Malaysia 2016 kembali menghidupk­an peluang menerusi pukulan sudut penalti Siti Shahidah Saad (m-49).

Apapun, SSTMI yang diperkuatk­an dengan kehadiran tiga pemain negara seharusnya menyalahka­n diri sendiri kerana mensia-siakan 15 pukulan sudut penalti yang diperoleh biarpun cuba mengejar lawan terutama di suku ketiga dan keempat.

Pengendali SSTMI, Azlizam Abdul Shukor mengakui kegagalan memanfaatk­an lebih sedozen peluang menjadi punca kekalahan skuad mudanya di samping ketiadaan benteng kental, Syafiqah Mohd Zain.

“Itulah final, pasukan yang mengambil peluang berhak menjadi juara. Kami ada banyak peluang tetapi mungkin pemain sedikit gugup kerana ini pentas final,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia