Berita Harian

KB Bandar Utama Dragons nyaris kejut juara bertahan

-

Kuala Lumpur: Juara bertahan Junior Purple League (JPL) musim lalu, Kelab Badminton Petaling (KB Petaling) nyaris dikejutkan pendatang baharu, Kelab Badminton Bandar Utama Dragons (KB Bandar Utama Dragons) pada pusingan kedua JPL2016 Divisyen Satu di Kompleks Sukan Azman Hashim, USM Pulau Pinang, semalam.

Perlawanan pertama menyaksika­n perseorang­an lelaki KB Petaling, Chia Wei Jie tidak berdepan bermasalah untuk menewaskan Sim Fong Hau 11-10, 119, 11-7.

KB Bandar Utama Dragons berjaya menyamakan kedudukan menerusi perseorang­an wanita, Goh Jin Wei yang menundukka­n Chasinee Korepap 11-5, 11-5, 1-11, 11-4.

“Saya rasa set pertama dan set kedua saya berjaya mengawal permainan, tapi di set ketiga saya agak ketinggala­n dan saya berjaya menang di set keempat.

Muncul juara (gambar)

“Saya juga berharap dapat membantu KB Bandar Utama untuk muncul juara JPL 2016,” kata Jin Wei.

Rentak kemenangan KB Bandar Utama Dragons gagal diteruskan apabila beregu lelaki mereka, Leong Jun Kai/owen Ting Shih Wee tewas 11-10, 7-11, 5-11, 9-11 kepada pasangan Kwek Wee Jian/man Wei Chong.

Namun, KB Bandar Utama Dragons menyamakan kedudukan kepada 2-2 apabila beregu wanita, Chonnicha Charoenwat/k Thanapim membenam cabaran Tew Jia Jia/yap Yee 5-11, 11-7, 11-9, 411, 11-8.

Pada perlawanan penentuan, beregu campuran KB Petaling, Chen Tang Jie/wanida Buapa mengesahka­n kemenangan 3-2 pasukannya selepas mengatasi pasangan Hamisya Hashudin/ Raynald Tangguh Hartanto 10-11, 11-5, 11-8, 11-5.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia