Berita Harian

JDT kini fokus pertahan Piala AFC

Kejayaan catat hatrik juara Liga Super suntik semangat Harimau Selatan, Gomez anggap berkat keupayaan pemain imbangi kekuatan mental, fizikal

- Oleh Rizar Mohd Noor

̌

S“Layak ke separuh akhir buat kali kedua cukup membanggak­an dan ia membuktika­n betapa perancanga­n yang rapi selain kerjasama dari setiap pemain membolehka­n kami mara ke pusingan itu. “Sudah tentu harapan untuk layak ke final tetapi kita hanya merancang dan macam-macam boleh berlaku. Namun saya optimis peluang tetap ada jika kita terus kekalkan rentak kemenangan dan tidak mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri.

Pencapaian terbaik

“Saya sudah menyaksika­n Bengaluru FC beraksi ketika menentang Tampines Rovers pada aksi suku akhir di Singapura. Tidak dinafikan pasukan itu berwajah baharu dengan beberapa pemain import selain kehadiran jurulatih baharu dari Sepanyol,” katanya semalam.

Mengulas lanjut mengenai kejayaan merangkul kejuaraan liga tiga musim berturut-turut, pengendali dari Argentina itu menyifatka­n ia pencapaian terbaik sepanjang karier selaku jurulatih

JDT juga berjaya menamatkan aksi liga di laman sendiri dengan rekod bersih tanpa kalah.

Gomez berkata kekuatan mental setiap pemain mengharung­i jadual saingan liga yang padat memainkan peranan membantu JDT melakar sejarah kerana bukan mudah mengimbang­i kekuatan fikizal dan mental bersaing dalam kempen liga tempatan dan Asia serentak.

Sementara itu, ribuan penyokong JDT membanjiri kawasan Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi meraikan kejayaan skuad Harimau Selatan merangkul kejuaraan Liga Super buat kali ketiga berturuttu­rut malam kelmarin.

Pasukan juara itu tiba di situ dengan menaiki bas dua tingkat selepas berarak mengelilin­gi bandaraya. Bersama memeriahka­n sambutan adalah pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam serta Presiden JDT, Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Presiden PBNJ, Datuk Ismail Karim (kiri) dan Safiq Rahim.
Presiden PBNJ, Datuk Ismail Karim (kiri) dan Safiq Rahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia