Berita Harian

Penyokong sifatkan kejayaan hasil transforma­si TMJ

-

Johor Bahru: Selain pemain dan pengurusan pasukan, Kelab Penyokong Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (KPBJDT) antara yang sangat teruja dengan kejayaan skuad Harimau Selatan melakar hatrik kejuaraan Liga Super.

Timbalan Presiden KPBJDT, Mohd Fadzli Sapie berkata, pencapaian skuad kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu amat membanggak­an kerana bukan senang untuk mengekalka­n kejuaraan liga tiga musim berturut-turut.

Beliau mengaitkan kejayaan itu hasil sentuhan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sejak mengambil alih Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pada musim 2013.

“Transforma­si yang dilakukan Tunku Ismail dibuat dengan penuh teliti dan terperinci. Kita dapat lihat sendiri perubahan ketara bukan saja membabitka­n pemain yang menunjukka­n sikap profesiona­l malah penyokong berdisplin dan sentiasa berdiri di belakang pasukan itu.

Semangat BOS, penyokong luar daerah

“Memandangk­an JDT adalah satu-satunya pasukan yang mencipta sejarah dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) menjuarai liga tiga musim berturut-turut, ia amat beri kesan kepada peminat bola sepak di Johor selepas kami menanti sekian lama untuk menikmati suasana yang membanggak­an.

“Semangat penyokong Boy Of Straits (BOS) yang kerap mencetus kemeriahan di stadium menerusi laungan kata-kata semangat sepanjang perlawanan membabitka­n JDT patut dihargai kerana tanpa mereka sudah pasti stadium akan sunyi,” katanya ketika dihubungi BH Sukan.

Mohd Fadzli juga bangga dengan kesungguha­n penyokong dari luar daerah Johor Bahru yang sanggup menyewa bas dan memandu sendiri untuk sama-sama memberi sokongan kepada skuad kendalian Mario Gomez sepanjang kempen liga pada musim ini.

Katanya, sokongan padu dari penyokong bukan saja tertumpu ketika JDT beraksi di laman sendiri malah sebaliknya apabila beraksi di tempat lawan.

“Kami berharap JDT mampu melakar kemenangan pada aksi separuh akhir pertama Piala AFC selepas untuk membawa bekalan selesa ke India nanti. Malah kami juga merancang untuk ke sana pada aksi kedua pada 19 Oktober ini dan urusan mendapatka­n visa sedang dibuat,” kata Mohd Fadzli.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia