Berita Harian

Irfan, FELDA United berpisah

Berkuat kuasa kelmarin, beri alasan gagal capai KPI skuad The Fighters

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Biarpun FELDA United FC masih berbaki satu perlawanan dalam saingan musim ini, namun pertemuan dengan Sarawak malam kelmarin menjadi perlawanan terakhir buat pengendali­nya Irfan bakti Abu Salim.

Ia berikutan jurulatih berpengala­man itu mengesahka­n untuk mengundur diri selepas menganggap beliau gagal mencapai indeks petunjuk prestasi (KPI) iaitu merangkul sekurang-kurangnya satu piala bersama skuad The Fighters.

Justeru, bekas pengendali Selangor itu mengakui tidak akan bersama pasukan pada perlawanan terakhir Liga Super berdepan Kedah di Stadium Darul Aman pada 22 Oktober.

“Ya (saya mengundur diri). Untuk perlawanan terakhir masih ada sebulan lagi dan ia bukan kemuncak sebab kalau menang atau kalah pun tetap nombor dua (dalam liga).

Mahu berehat

“Jadi saya minta pelepasan dari pengurusan untuk tidak hadir pada perlawanan itu. Saya sudah maklumkan kepada pemain yang saya tidak akan bersama mereka lagi.

“Saya rasa saya gagal capai KPI untuk mendapatka­n piala. Reaksi pemain biasa, cuma sedih sebab kami sudah tiga tahun bersama,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Irfan mula menyertai FELDA United pada 2013 dan pencapaian terbaiknya bersama pasukan itu adalah muncul naib juara Liga Super musim ini dan Piala FA pada 2014.

Selain itu, Irfan tetap bangga kerana memiliki barisan pemain yang membantuny­a meletakkan FELDA United setaraf dengan beberapa pasukan besar seperti Selangor, Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ditanya mengenai perancanga­nnya selepas ini, Irfan bagaimanap­un menegaskan betapa beliau mahu berehat bersama keluarga dan masih belum ada perancanga­n lain dalam kerjayanya sebagai jurulatih.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia