Berita Harian

MU raih kejuaraan Liga Perdana 22 Oktober

- Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Pasukan Melaka United (MU) akan meraikan kejayaan memenangi kejuaraan Liga Perdana secara besar besaran di laman keramat mereka, di Stadium Hang Jebat pada 22 Oktober ini.

Timbalan Presiden Melaka United Soccer Associatio­n (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, majlis itu akan diadakan sebaik saja berakhir perlawanan menentang Sime Darby.

Katanya, majlis itu akan diserikan dengan beberapa acara menarik seperti persembaha­n artis dan pertunjuka­n bunga api bagi memeriahka­n sesi penyerahan trofi kejuaraan.

Sokongan padu

“Justeru, kami berharap penyokong MU akan datang beramairam­ai pada hari berkenaan bagi meriahkan majlis meraihkan kejayaan pasukan, selain tanda sokongan padu,” katanya di sini, semalam

MU memenangi kejuaraan Liga Perdana musim ini lebih awal hasil himpunan 49 mata tatkala saingan masih berlangsun­g. Kali terakhir, ia memenangi kejuaraan utama iaitu Piala Malaysia adalah pada 1983.

Musim lalu, pasukan bimbingan Mat Zan Mat Ariz ini memenangi Piala FAM, sekali gus layak beraksi dalam Liga Perdana musim ini.

Pencapaian besar

Mohd Yusoff berkata kejayaan menjuarai Liga Perdana adalah pencapaian besar buat MU dan menyifatka­n ia hasil daripada sokongan padu Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron selaku Presiden MUSA sejak 2014.

“Sokongan kuat berkenaan jelas menjadi pemangkin kepada pengurusan pasukan untuk terus bekerja keras dalam memastikan kejayaan pasukan selepas lima musim bersainga dalam Liga FAM.

“Apa yang kami harapkan selepas ini, pasukan akan mampu beraksi lebih baik pada saingan Liga Super musim depan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia