Berita Harian

MISC-MIFA, Air Asia, PKNP, FELCRA buntu

- Oleh Azizan Hashim dan Mohd Amin Jalil

Kuala Lumpur: Skuad MISC-MIFA berdepan laluan sukar selepas hanya mampu mencatatka­n keputusan 1-1 dengan pasukan Air Asia dalam aksi separuh akhir pertama Piala FAM di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai petang semalam.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir pertama di Stadium Perak, Ipoh malam tadi, menyaksika­n pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dan FELCRA FC, terpaksa berpuas hati terikat 0-0.

Kerja keras

Terdahulu, pada perlawanan yang berlangsun­g di USIM, pasukan Air Asia yang mempertaru­hkan bekas pemain kebangsaan, Mohd Kyhril Muhyameen Zambri berjaya mendahului tuan rumah, 1-0, ketika saingan menuju ke penghujung separuh masa pertama.

Selepas ketinggala­n, pasukan MISCMIFA pantas mencari jalan untuk menyamakan kedudukan dan ia berjaya dihasilkan oleh pemain gantian G Thipen ketika saingan berbaki 10 minit untuk keputusan muktamad 1-1.

Lebih pengalaman

Sementara itu, PKNP FC dan FELCRA FC terpaksa berpuas hati dengan keputusan tanpa jaringan selepas barisan penyerang masing-masing buntu sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kedua-dua pasukan akan turun membuat perhitunga­n dalam perlawanan kedua pada 9 Oktober di Stadium Arena Universiti Malaya Kuala Lumpur.

FELCRA yang dibimbing oleh Yusri Che Lah nyata lebih berpengala­man dan menguasai babak pertama namun anak buah Abu Bakar Fadzim bangkit melawan pada babak kedua.

PKNP pasti menyesali nasib mereka kerana tidak menggunaka­n kelebihann­ya di tempat sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia