Berita Harian

Kedah tumpu Piala Malaysia

Kejayaan duduki tangga ketiga Liga Super membakar semangat Helang Merah

- Oleh Izzali Ismail

Kejayaan menewaskan Terengganu 3-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kelmarin, memastikan tempat ketiga menjadi milik Kedah dalam saingan Liga Super musim ini.

Selepas aksi kelmarin, skuad Helang Merah berjaya menghimpun 37 mata tatkala aksi berbaki satu, ketinggala­n enam mata di belakang FELDA United yang muncul naib juara. Kejuaraan liga musim ini milik Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ketua Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe melahirkan rasa gembira dengan kejayaan berkenaan dan menyifatka­n kedudukan ketiga itu sebagai amat bermakna buat diri dan pasukan bimbingann­ya musim ini selepas mara dari saingan Liga Perdana musim lalu.

Tahun pertama

"Ini tahun pertama untuk Kedah beraksi dalam Liga Super. Bagi saya, kejayaan berada di tempat ketiga Liga Super ini adalah suatu pencapaian yang bermakna dan baik untuk Kedah,” katanya.

"Sikap kerjasama antara pemain, bermain sebagai satu pasukan serta disiplin yang diterapkan akan tetap menjadi teras pasukan Kedah dalam memburu kejayaan seterusnya."

Cheng Hoe berkata selepas berjaya menduduki tangga ketiga Liga Super, fokus mereka kini adalah untuk memenangi saingan separuh akhir Piala Malaysia menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 30 September ini.

Dia berharap gandingan dua penyerang import Kedah iaitu Thiago Augusto dan Shane Edward Smeltz akan terus menyerlah dalam saingan berkenaan seperti ketika menentang Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu sebelum ini.

"Kombinasi dua penyerang ini sudah menampakka­n kesan positif. Keserasian, keyakinan dan persefaham­an yang baik sesama mereka bersama dengan semua pemain dalam pasukan diharap dapat dipertingk­at dalam aksi Piala Malaysia nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia