Berita Harian

Skuad Penyu belum menyerah kalah

- Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Nerus: Terengganu enggan mengaku kalah sekalipun sedar pintu untuk kekal dalam Liga Super semakin sempit selepas dimalukan Kedah, 3-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kelmarin.

Bagi memastikan tidak tersingkir, skuad Penyu kini wajib mengatasi Pulau Pinang manakala mengharapk­an 'adik' mereka, T-team menundukka­n Pahang dalam aksi terakhir liga.

Pengendali Terengganu, Mustaffa Kamal Abd Wahad ketika mengulas peluang Terengganu itu mengakui tekanan semakin dirasai pasukannya selepas tewas di tangan skuad Helang Merah di laman sendiri.

Begitupun, katanya dia masih bersikap positif dan akan mengerah segala kudrat yang ada untuk bangkit pada perlawanan terakhir bertemu Pulau Pinang di gelanggang lawan pada 22 Oktober depan.

Tak mahu mengalah

"Saya tidak mahu mengalah sebaliknya akan terus berjuang sehingga minit terakhir bertemu Pulau Pinang demi pasukan dan rakyat Terengganu.

"Tapi, dalam masa sama kita juga mengharapk­an keajaiban akan berlaku dengan nasib memihak kami pada pertemuan terakhir nanti, selain bergantung kepada keputusan daripada pasukan lain," katanya yang ditemui selepas perlawanan.

Pada pertemuan itu, pelawat membuka tirai jaringan menerusi tandukan Thiago Augusto Fernandes pada minit ke-13 dan melebarkan jaringan menerusi gol kedua yang disempurna­kan dengan cemerlang Smelltz Shane Edward minit 62.

Pada minit ke-80, Augusto mempamerka­n sentuhan penyudah untuk gol ketiga sekali gus pulang dengan tiga mata penuh.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dijangka berdepan hukuman denda gara-gara tindakan segelintir penyokong skuad Penyu membakar suar di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kelmarin.

Penyokong dikatakan bertindak demikian selepas kecewa menyaksika­n skuad Penyu dibelasah Kedah 0-3 dalam aksi Liga Super di laman sendiri sekali gus meletakkan pasukan itu di ambang penyingkir­an.

Sepanjang proses bantahan itu, mereka juga menyanyika­n lagu 'Terengganu ke Liga Perdana' musim depan.

 ??  ?? Pemain Terengganu kecewa selepas tewas 0-3 kepada Kedah dalam saingan Liga Super 2016 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan, Gong Badak, kelmarin.
Pemain Terengganu kecewa selepas tewas 0-3 kepada Kedah dalam saingan Liga Super 2016 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan, Gong Badak, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia