Berita Harian

SAHUT CABARAN

Usahawan barangan terpakai kini terajui syarikat bioteknolo­gi

- Oleh Zuraidah Mohamed

Beliau pernah mengusahak­an perniagaan barangan terpakai yang diambil di merata tempat, termasuk dari perkampung­an Orang Asli di Rengit, Batu Pahat bersama rakannya di Uptown Damansara, Selangor pada 2006 untuk menyara kehidupan. ramai kalangan rakan seangkatan­nya mempunyai kerjaya profesiona­l yang meraih gaji lumayan.

Namun, bagi lepasan Sarjana Muda Perakaunan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ini, walaupun berniaga hanya secara kecil-kecilan, ia mampu memberi kepuasan kepadanya, selain mendapat pulangan hasil titik peluh sendiri.

Ifnu Hakim Abdul Rafor, 39, turut mengakui terpaksa membuat pinjaman peribadi sebanyak RM30,000 untuk memulakan perniagaan, tambahan pula beliau berkahwin pada usia muda.

Wang berkenaan antara lain digunakan untuk membayar sewa tapak dan membeli stok barangan terpakai seperti kipas, lampu, perabot, televisyen dan seterika.

“Mula-mula saya amat segan berniaga barangan terpakai di tepi jalan. Pernah terjadi, saya terpaksa bersembuny­i belakang premis perniagaan di Uptown Damansara hanya kerana mahu menyorok daripada rakan yang melalui di kawasan itu.

“Lama kelamaan, perasaan malu itu hilang dan saya mula rasa seronok apabila boleh meraih jualan sehingga RM10,000 sebulan. Namun, saya hanya setahun sahaja berniaga di situ berikutan peniaga dipindahka­n ke lokasi lain, sekali gus menjejaska­n perniagaan saya kerana tiada pasaran.

“Saya dan isteri, Nurzalia Omar kemudian mengambil keputusan untuk membuka pusat tuisyen di Larkin Perdana Johor Bahru, sebelum membuka syarikat Zitech Office Solution Sdn Bhd yang membekalka­n peralatan pejabat,” katanya ketika ditemui di Johor Bahru.

Dapat geran RM2 juta

Ifnu Hakim berkata, sejajar perkembang­an perniagaan yang diusahakan bersama isterinya, beliau mula mengorak langkah dengan menubuhkan syarikat usaha sama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi pengeluara­n produk bioteknolo­gi bagi industri dan kegunaan isi rumah.

Microclear Sdn Bhd (Microclear) ditubuhkan pada 2011 yang mana Ifnu Hakim menguasai 60 peratus ekuiti dan baki 40 peratus oleh UTM.

Syarikat itu mempunyai gudang di Kawasan Perindustr­ian Permas Jaya, Johor Bahru manakala R&D dikendalik­an di UTM, Skudai dengan kakitangan dan tiga penyelidik universiti berkenaan.

“Saya bersyukur kerana berjaya mendapatka­n geran RM2 juta daripada Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC) bagi pembanguna­n teknologi. Ini adalah bersandark­an keupayaan syarikat dalam bidang bioteknolo­gi.

“Setakat ini, kami berjaya menghasilk­an dua produk, termasuk bahan pencuci yang tidak mengancam alam sekitar dan hidupan akuatik yang menggunaka­n bahan tumbuhan dan teknologi bio,” katanya.

Ifnu Hakim berkata, syarikatny­a juga akan memperkena­lkan produk baharu tahun depan iaitu gris daripada sisa minyak kapal, selepas dua tahun menjalani penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D).

Eksport ke Singapura

Katanya, syarikat sudah menandatan­gani perjanjian dengan satu syarikat untuk mengekspor­t produk ke Singapura membabitka­n kontrak bernilai RM500,000 setahun.

“Selain itu, kami juga mendapat permintaan dari Mesir, Filipina dan Korea dan menjangkak­an perbincang­an akan dimuktamad­kan tahun depan.

“Pada masa ini, syarikat mengeluark­an 30,000 liter sebulan, dan dijangka mencapai kapasiti pengeluara­n sebanyak 100,00 liter sebulan apabila syarikat mula mengekspor­t tahun depan,” katanya sambil memberitah­u syarikat kini meninjau kawasan seluas 7,000 kaki persegi untuk menempatka­n operasinya dalam satu kawasan.

Ifnu Hakim berkata, dalam tempoh lima tahun menjalanka­n operasi Microclear, beliau banyak mempelajar­i kaedah untuk memasarkan produk dengan lebih baik.

“Produk saya pernah dianggap sebagai tidak berkualiti dan jauh untuk bersaing dengan produk antarabang­sa. Namun, saya anggap semua tanggapan itu sebagai cabaran dan pendorong semangat untuk menjadikan produk keluaran syarikat setanding atau lebih baik dari produk antarabang­sa.

“Saya tidak berputus asa menjalanka­n demonstras­i produk, dan menjualnya di merata tempat. Kini produk keluaran Microclear mendapat kepercayaa­n syarikat besar, termasuk kumpulan FELDA, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) dan Pengerang Terminal Sdn Bhd,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR ABD RAHIM/BH] ?? Ifnu Hakim menunjukka­n produk syarikatny­a, Biodegrada­ble dan Biodegreas­er ketika ditemui di Johor Bahru, baru-baru ini.
[FOTO HAIRUL ANUAR ABD RAHIM/BH] Ifnu Hakim menunjukka­n produk syarikatny­a, Biodegrada­ble dan Biodegreas­er ketika ditemui di Johor Bahru, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia