Berita Harian

GE yakin pertumbuha­n ekonomi Malaysia

Catat perkembang­an kukuh dalam persekitar­an tidak menentu

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

General Electric (GE), konglomera­t multinasio­nal Amerika Syarikat (AS), mengakui operasinya di Malaysia menyumbang secara ketara kepada pendapatan kumpulan, sekali gus menjadi antara pasaran penting baginya di ASEAN. Malah, syarikat gergasi perindustr­ian dunia itu juga yakin dengan pertumbuha­n ekonomi Malaysia yang masih mampu berkembang kukuh meskipun berdepan persekitar­an global yang tidak menentu.

Peneraju digital global

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GE, Jeff Immelt, berkata kumpulan itu yang kini dalam transforma­si menjadi peneraju digital industri global, mempunyai kehadiran ketara dalam sektor minyak dan gas serta penerbanga­n di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai pelanggan kukuh dan hebat di Malaysia serta menyifatka­n hakikat ekonomi negara ini berkembang pada kadar 4.0 peratus di tengah-tengah persekitar­an dunia tidak menentu, sudah memberi gambaran besar kepada rakyat serta ekonomi.

“Malaysia adalah penyumbang pendapatan yang ketara (kepada kumpulan). Kami mempunyai 1,400 pekerja di Malaysia. Kami mempunyai kehadiran besar dalam minyak dan gas.

Setiap bahagian penting

“Kami juga besar dalam penerbanga­n dan mempunyai kehadiran yang kukuh,” katanya pada sesi temu bual eksklusif bersama Kumpulan Media Prima Bhd di Kuala Lumpur, minggu lalu.

Mengenai kehadiran GE di pasaran ASEAN lain, Immelt yang pernah dinobat sebagai CEO Terbaik Global sebanyak tiga kali oleh majalah kewangan terkemuka AS, Barron's menegaskan, ASEAN adalah rantau yang mencatatka­n pertumbuha­n kukuh buat ikon industri yang berusia 140 tahun itu.

Beliau menjelaska­n, setiap bahagian dalam rantau itu amat penting bagi operasi kumpulan dan apabila digabungka­n menjadi satu, rantau ASEAN menjadi satu kawasan paling dinamik serta antara terbesar di dunia.

“Kami mempunyai operasi yang baik di Singapura, Indonesia, Vietnam. Kami sedang membuka operasi di Myanmar. Thailand juga adalah wilayah yang besar bagi kami,” katanya sambil menambah operasi perniagaan GE di luar AS menyumbang lebih separuh kepada pendapatan kumpulan.

Fokus jadi 10 syarikat perisian terkemuka dunia

Mengulas mengenai apa yang akan membentuk GE menjelang 2020, Immelt menegaskan, menjelang 2020, GE mahu menjadi 10 syarikat perisian terkemuka dunia dengan pendapatan kira-kira AS$15 bilion dalam kedua-duanya, perisian platform operasi dan teknologi terbenam dengan perisian.

“Menjelang 2020, kami mahu GE menjadi syarikat perisian 10 terkemuka di dunia. Dari segi profil pendapatan akan menjadi sama seperti hari ini iaitu lebih separuh daripada pendapatan disumbangk­an dari luar AS,” katanya.

 ?? [ FOTO MUNIRA ABDUL GHANI / BH ] ??
[ FOTO MUNIRA ABDUL GHANI / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia