Berita Harian

Rebut peluang baharu

-

mereka seperti Google dan Amazon. Terdapat internet enterpris yang didominasi oleh Microsoft. Kemudian, internet industri dan ia terbuka serta meluas. Kami mahu terbabit dalam digital industri. Kami tidak hanya semata-mata berfikir mahu menjadi syarikat perisian saja, tetapi untuk menjadi syarikat perindustr­ian hebat, anda perlu hebat dalam perisian dan internet kebendaan (IOT).

S:

Apakah sebenarnya internet industri?

J: Ia adalah keupayaan. Contohnya, enjin jet. Kini, dikeliling­i oleh 100 pengesan. Penerbanga­n antara Kuala Lumpur (KL) Mumbai menjana bacaan data yang cukup besar pada kapasiti terabait. Internet industri sebenarnya menggunaka­n data bagi mengoptimu­mkan prestasi semua aset di dunia. Terdapat berbilion-bilion aset. Internet industri mengambil kuasa IT, menggabung­kannya dengan kuasa aset dan fizik, serta akan mengoptimu­mkan prestasi semua aset yang ada di dunia.

S:

Bagaimanak­ah perjalanan setakat ini? Perjalanan transforma­si data setakat ini. Apakah cabarannya?

J: Saya fikir untuk berjaya, anda perlu meletakkan­nya dalam tiga peringkat. Pertama, merekrut bakat yang bagus. Kedua, adalah pelaburan dalam teknologi. Contohnya, kami melabur dalam keselamata­n siber. Ketiga, bagaimana anda meletakkan pelanggan anda. Anda membina rangkaian rakan kongsi, memacu hasil daripada pelanggan. Oleh itu, kami melabur dalam semua tiga peringkat ini dalam syarikat. Saya rasa kami mungkin mengubah strategi dua atau tiga kali, kerana anda tidak akan mendapatka­nnya tepat apabila anda memulakann­ya, tetapi saya fikir setakat internet industri adalah hanya satu permulaan, dan kami mungkin adalah salah satu peneraju. Jadi, masa depan kami tidak pasti, tetapi kedudukan kami cukup baik dengan hala tuju ini.

S:

Melihat kepada impak internet industri, berbanding internet pengguna kepada syarikat seperti GE dan pasaran dan pelanggan anda, apakah impak terbesar?

J: Saya rasa bagi pengguna, impak terbesar adalah produktivi­ti. Saya rasa bagi internet pengguna, pada dasarnya sudah terdapat separuh daripada sedozen platform - Alibaba, Google, Amazon. Saya rasa, internet industri juga akan mempunyai sedozen platform. Saya

 ??  ?? General Electric sentiasa menyusun strategi yang ampuh dalam menghadapi ketidakten­tuan ekonomi dunia.
General Electric sentiasa menyusun strategi yang ampuh dalam menghadapi ketidakten­tuan ekonomi dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia