Berita Harian

Saga serba baharu tawar harga kompetitif

Reka bentuk luaran lebih menarik, dilengkapi 5 ciri keselamata­n

- Oleh Mutazar Abd Ghani

Selepas melancarka­n dua model terbaru, masingmasi­ng Perdana dan Persona pada Jun dan bulan lalu, Proton Holdings Bhd (PROTON) bakal memperkena­lkan model baharu ketiga untuk 2016 pada Rabu ini.

Model Saga yang sinonim dengan pengeluar kereta nasional itu apabila muncul model pertama dilancarka­n pada 9 Julai 1985, akan menampilka­n reka bentuk serba baharu lebih menarik yang dijana enjin 1.3 liter VVT.

Saga baharu berkenaan didatangka­n dalam empat varian iaitu 1.3L 5MT Standard; 1.3L CVT Standard; 1.3L CVT Executive dan 1.3L CVT2 Premium.

Kereta paling mampu dimiliki

Ditampilka­n sebagai kereta mampu milik, ia dijangka ditawarkan pada harga kompetitif dalam lingkungan RM38,000 hingga RM47,000 seunit, sekali gus menjadikan­nya sebagai kereta paling mampu dimiliki dan termurah dalam kelasnya.

Wakil media diberi kesempatan untuk memandu uji Saga baharu di Litar Ujian Proton, Shah Alam, Khamis lalu, namun tidak dibenarkan mengambil gambar kereta berkenaan.

Dari sesi pandu uji ringkas itu, pemerhatia­n umumnya mendapati reka bentuk luaran Saga baharu lebih menarik dan mantap serta mengujakan berbanding model Saga sebelumnya, sekali gus mampu memberi saingan terhadap model sekelas sedia ada di pasaran.

Berbanding model sebelumnya, Saga baharu mempunyai tambahan ukuran panjang keseluruha­n sebanyak 74 milimeter (mm) dari 4,257 mm kepada 4,331 mm; tambahan 9 mm lebar dan 11 mm lebih rendah, dengan jarak roda dikekalkan pada 2,465 mm. Keluasan but simpanan barang juga dipertingk­atkan kepada 420L berbanding 413L untuk model sebelumnya.

Dijana enjin 1.3 liter VVT yang dipertingk­atkan, model baharu ini mampu menghembur 94 kuasa kuda dan 120 Nm kuasa kilas, dengan pecutan 0100 km dalam masa 12.2 saat bagi varian manual dan 13.1 saat automatik.

Kemasan dalaman dibaluti fabrik berwarna hitam dengan panel pemanduan yang mudah dicapai dan dikendalik­an, selain menyediaka­n ruang kaki serta kepala yang memadai.

Ia juga dilengkapi sistem audio yang boleh memainkan MP3/USB/ Aux dan Bluetooth pada semua varian serta soket USB di belakang sebagai ciri standard.

Dari segi keselamata­n, Saga baharu dipasang dengan lima ciri keselamata­n pasif iaitu ABS, BA, ESC, TCS dan HHA, sekali gus melayakkan­nya untuk menerima penarafan 4 Bintang NCAP ASEAN.

Untuk varian Premium, ia menggunaka­n rim aloi tayar bersaiz 15 dengan kamera mengundur yang ditempatka­n pada cermin pandang belakang. Varian Standard menggunaka­n rim tayar bersaiz 13 manakala varian Executive menggunaka­n saiz 14.

Semua varian ditawarkan jaminan 3+2 tahun atau 150,000 km, berbanding 3 tahun atau 100,000 km bagi model sebelumnya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia