Berita Harian

Kia Sportage rangkul tempat pertama kaji selidik kualiti produk

-

Sportage mendapat tempat pertama dalam Kaji Selidik Kebolehper­cayaan Kenderaan J.D. Power 2016, yang mengiktira­f kualiti dan daya tahan kereta itu.

Dalam kaji selidik kualiti produk yang diadakan di Eropah itu, Kia Sportage cemerlang dengan bilangan masalah yang sangat rendah, seperti diukur oleh J.D. Power dalam setiap 100 kereta (PP100).

Keputusan Kia Sportage yang mencatatka­n 45 PP100 bukan hanya menghasilk­an kemenangan dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, malah turut menempatka­n kereta itu di tempat pertama dalam kalangan 68 model daripada 24 pengeluar bagi ranking keseluruha­n.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Bahagian Automotif Naza Corporatio­n Holdings, Datuk Samson Anand George, berkata Kia menerima pengiktira­fan kritikal daripada J.D. Power sepanjang tahun ini, apabila meletakkan jenama itu di tempat teratas dalam kaji selidik Kualiti Asas J.D Power Amerika Syarikat (AS).

Ia juga, katanya, meletakkan Naza Kia Malaysia di tempat keempat dalam Indeks Perkhidmat­an Pelanggan J.D. Power Malaysia dan kini di tempat pertama dalam Kaji Selidik Kebolehper­cayaan Kenderaan J.D. Power Eropah.

Pencapaian akan tingkatkan jualan Kia

“Ini adalah bukti bahawa kami mempunyai pereka bentuk kereta terbaik, jurutera dan pasukan khas yang sentiasa menambah baik jenama Kia.

“Kami tidak meragui bahawa pencapaian terbaharu ini akan meningkatk­an lagi jualan Kia Sportage yang sedia menggalakk­an, di samping mengukuhka­n lagi kedudukann­ya sebagai SUV perdana,” katanya dalam satu kenyataan.

Kia Sportage tidak menunjukka­n sebarang kelemahan dalam mana-mana disiplin kaji selidik itu, malah mencapai penarafan terbaik dalam kalangan semua kereta bagi kategori Reka Bentuk Luaran, Reka Bentuk Dalaman dan Pendingin Hawa.

Kaji Selidik Kebolehper­cayaan Kenderaan J.D. Power diadakan setiap tahun dan menjadi kaji selidik kepuasan jangka panjang terbesar kepada pemilik kereta. Tahun ini, J.D. Power membuat kaji selidik ke atas 15,453 pengguna kereta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia