Berita Harian

Penantian berbaloi set kepala VR Playstatio­n Sony

Syarikat sasar pasar teknologi realiti maya dengan kandungan lebih meluas

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Peluang menguji teknologi realiti maya (VR) dibangunka­n Sony Corp di Consumer Electrics Show beberapa tahun lalu memberikan sedikit sebanyak gambaran awal kekuatan dimiliki gergasi elektronik dunia itu dalam teknologi terbabit.

Seperti biasa pavilion Sony akan mendapat perhatian utama media antarabang­sa, justeru penulis terpaksa beratur panjang untuk menguji cuba peranti set kepala syarikat itu di salah satu stesen yang disediakan.

Walaupun setiap pengunjung diberikan peluang 10 minit menggunaka­n set VR untuk bermain permainan Playstatio­n yang disediakan, penulis agak teruja dengan perincian yang terpapar serta gerak balas tepat dengan setiap pergerakan penulis.

Apatah lagi permainan yang diuji memerlukan penulis untuk bertarung dengan gergasi besar dalam satu kawasan besar memang menyuntik adrenalin, terdetik di hati bilakah ia akan mula dipasarkan di Malaysia.

Perluas kandungan VR

Persoalan yang sekian lama terbuku akhirnya dijawab Sony Corp di Chiba, Jepun, minggu lalu, yang memberi petunjuk rancangan memasarkan set VR bersama kandungan yang lebih meluas tanpa terlalu fokus kepada permainan Playstatio­n.

Berdasarka­n Reuters, Sony Corp merancang memperluas­kan kandungan VR ke pelbagai platform termasuk televisyen dan filem, menetapkan pendiriann­ya untuk tidak menyertai pasaran set kepala VR berasaskan telefon pintar.

Ketua Eksekutif Sony Interactiv­e Entertainm­ent Inc, Andrew House, berkata pihaknya kini berbincang dengan syarikat penerbitan media untuk meninjau potensi set kepala VR Playstatio­n yang akan dilancarka­n bermula 13 Oktober.

Teknologi terbaharu VR Sony itu akan beroperasi bersama konsol Playstatio­n 4 dengan sasaran harga pasaran lebih rendah daripada VR keluaran Facebook Inc iaitu Oculus Rift; dan VR milik HTC Corp dikenali Vive berharga premium yang dikuasakan komputer peribadi.

Bagaimanap­un, diakui lambakan set kepala VR menggunaka­n telefon pintar memang sudah lama berada pasaran dan lebih mudah alih kerana ia menggunaka­n skrin telefon pintar yang memiliki paparan piksel agak tinggi.

Namun, secara jujur, bagi penulis yang pernah mencuba VR keluaran Sony dibandingk­an dengan VR berasaskan telefon pintar keluaran syarikat elektronik terkemuka berpangkal­an di Asia, kualiti paparannya memang jauh berbeza.

Tidak dinafikan cip prosesor telefon pintar popular dunia masih tidak berupaya menyaingi enjin prosesor grafik yang khusus dibangunka­n bagi mencapai perincian tertinggi paparan VR secara khusus.

Kualiti bunyi juga berbeza walaupun terdapat pelbagai pendapat yang menyanggah perbezaan pandangan set VR itu serta menganggap VR telefon pintar memiliki kualiti yang serata dengan VR konvension­al.

Mungkin bagi pengguna yang inginkan kandungan VR yang lebih pelbagai, VR jenis telefon pintar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia