Berita Harian

Gabungan pusat servis, jualan Huawei tawar khidmat terbaik

-

Huawei Technologi­es (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) melancarka­n gabungan pusat servis dan jualan telefon bimbit pertama di negara ini di Taman Molek, Johor Bahru, dekat sini.

Pengarah Peruncitan Kumpulan Perniagaan Pelanggan Huawei Malaysia, Carlson Leong, berkata pembukaan pusat servis dan jualan yang membabitka­n pelaburan kirakira RM500,000 itu adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk mengukuhka­n kedudukann­ya di negara ini.

Katanya, Huawei Malaysia turut menjadikan pusat berkenaan sebagai projek perintis, sebelum memperluas­kan konsep sama ke seluruh negara pada masa depan.

“Ketika ini, Huawei Malaysia mempunyai 11 pusat servis dan 150 pusat jualan di seluruh negara. Pelancaran gabungan pusat servis dan jualan yang pertama di Johor Bahru ini bertujuan menawarkan perkhidmat­an yang lebih baik kepada pelanggann­ya.

“Kita memilih Johor Bahru sebagai destinasi pertama kerana perkembang­an pasaran yang semakin meningkat, selain produk telefon bimbit Huawei juga mendapat sokongan padu daripada pengguna di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pusat berkenaan di Johor Bahru, barubaru ini.

Leong berkata, Huawei Malaysia juga menyasarka­n pembukaan kirakira 50 pusat jualan lagi di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, selain turut merancang pembukaan sebuah pusat servis di Sarawak pada suku keempat tahun ini.

Ketika ini, katanya, syarikat mempunyai kirakira 150 pusat jualan di seluruh negara dan perancanga­n untuk membuka 50 lagi, akan menjadikan 200 pusat jualan di seluruh negara menjelang akhir tahun 2016.

“Kita yakin sasaran ini mampu menjadi kenyataan berdasarka­n sokongan yang diterima daripada pengguna, selepas memasuki pasaran telefon bimbit pintar Malaysia sejak enam tahun lalu.

“Huawei kini menjadi antara produk pilihan pengguna sehingga menduduki tempat kedua di negara ini dalam pasaran berkenaan,” katanya.

 ?? [ FOTO ZAIN AHMED/BH ] ?? Leong (kiri) memberi penerangan kapada pelanggan yang datang untuk membeli telefon bimbit selepas merasmikan pusat servis dan jualan telefon bimbit pertama di Taman Molek, Johor Bahru..
[ FOTO ZAIN AHMED/BH ] Leong (kiri) memberi penerangan kapada pelanggan yang datang untuk membeli telefon bimbit selepas merasmikan pusat servis dan jualan telefon bimbit pertama di Taman Molek, Johor Bahru..

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia