Berita Harian

Permainan video VR uji deria keempat

-

Tokyo Game Show, pameran permainan video terkemuka dunia tahun ini, berlangsun­g dengan sedikit kelainan apabila kebanyakan pembangun tampil berani membuat eksperimen dengan potensi baharu platform realiti maya (VR).

Sebelum ini, permainan video berasaskan VR hanya menekankan elemen paparan 360 darjah, bunyi dan getaran; yang merangsang deria mendengar, mata serta reseptor kulit bagi menghasilk­an pengalaman persis dunia sebenar.

Namun, kini pembangun berani mencuba teori menguji deria ‘keempat’ apabila mereka cuba membangunk­an permainan video yang membolehka­n pengguna bermain dengan perasaan sayang, takut, gerun dan teruja.

Reuters minggu lalu melaporkan ruang pameran milik pembangun perisian M2 Co mendapat kunjungan ramai yang sanggup beratur panjang hanya untuk menguji permainan VR yang dibangunka­n syarikat Jepun itu.

Interaksi bersama avatar

Syarikat itu membangunk­an kandungan VR untuk pengguna berinterak­si bersama avatar animasi wanita dengan menyentuh patung disediakan yang dibina penderia sentuhan untuk menghantar isyarat.

Bagaimanap­un, sebahagian besar pengunjung dikecewaka­n apabila penganjur terpaksa meminta pempamer terbabit menghentik­annya selepas pengunjung menyentuh bahagian tidak wajar pada patung terbabit.

AFP pula melaporkan pembangun perisian permainan Jepun dan gergasi permainan Bandai Namco pula membangunk­an teknologi VR yang membolehka­n pemain mencuba semua taktik bagi berbual mesra sebagai teman avatar menghilang­kan kebosanan.

Antara yang mendapat sambutan pengunjung adalah Summer Lesson , yang meletakkan pemain di hadapan wanita avatar Jepun yang memiliki perwatakan menarik, banyak bercakap serta lemah lembut bagi meningkatk­an kemahiran bertutur pengguna.

Sementara itu, Sony Interactiv­e Entertainm­ent turut memperkena­lkan kandungan Playstatio­nvr (PSVR) yang turut memuatkan pelbagai kandungan permainan yang boleh mencetuska­n perasaan yang sangat gayat, seram serta mendebarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia