Berita Harian

Kadar faedah BOJ, Fed beri kesan sentimen global, aliran dana

-

Aliran masuk bersih terkumpul dari luar negara ke dalam pasaran saham tempatan berjumlah RM2.38 bilion setakat tahun ini. Jumlah ini jelas berbeza dengan tahun terdahulu, iaitu aliran keluar sebanyak RM19.5 bilion pada 2015 dan RM6.9 bilion pada 2014.

Namun, keputusan mengenai kadar faedah utama dalam dasar kadar faedah Bank of Japan (BOJ) dan Rizab Persekutua­n (Fed) Amerika Syarikat (AS) terus memberi kesan terhadap sentimen global dan aliran dana.

Keputusan Fed untuk mengekalka­n kadar faedah minggu ini, menunjukka­n data ekonomi AS yang sejak kebelakang­an ini mengalami pertumbuha­n lembab. Justeru, tidak menghairan­kan sekiranya Fed tidak menaikkan kadar.

Bagaimanap­un, pasaran masih menjangkak­an perubahan untuk tahun ini, sekurang-kurangnya dua kenaikan kadar dan bukan empat kenaikan seperti yang dijangka sebelum ini, sekali gus membuktika­n kebimbanga­n terhadap kitaran kenaikan kadar berkenaan.

Perkara sama berlaku kepada BOJ, yang bukan sahaja mengambil keputusan mengubah dasar kadar faedahnya kepada angka negatif minggu lalu, tetapi juga tidak menolak kemungkina­n berlakunya tambahan pemotongan.

Malaysia tarasa bahang

Ketika ekonomi AS dan Jepun bergelut dengan ketidakten­tuan, Malaysia turut terasa bahangnya. Dalam keadaan ekonomi negara yang perlahan, pelbagai langkah dicadangka­n untuk merancakka­n ekonomi tempatan, termasuk cadangan baru-baru ini yang membolehka­n pemaju menawarkan pinjaman perumahan.

Walaupun langkah itu boleh mencetuska­n perubahan kecil yang diharapkan dalam aktiviti ekonomi jangka pendek dan sederhana, ia mempunyai banyak kelemahan.

Pertama, akan timbul risiko jika menawarkan pinjaman tambahan kepada peminjam yang tidak dapat membayar deposit yang diperlukan untuk membeli rumah

Membolehka­n seseorang meminjam jumlah tambahan itu pada kadar sangat tinggi iaitu 12 18 peratus setahun, ibarat memasang bom yang akan meletup pada masa depan. Krisis kewangan global 2008 dicetuskan oleh gadai janji subprima, mempunyai profil sedikit sebanyak seperti yang dicadangka­n dalam pelan berkenaan.

Menyimpang aktiviti teras

Kedua dan sama penting, pemaju hartanah yang menjadi peminjam (dengan tahap permodalan yang diperlukan) boleh menyebabka­n mereka menyimpang daripada aktiviti teras mereka.

Situasi ini boleh mencetus risiko yang tidak diperlukan kepada sistem sedia ada yang sudah pun mempunyai hutang isi rumah paling tinggi dalam ASEAN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia