Berita Harian

FBM KLCI dijangka terus aliran menaik

-

perhatian semula kepada pelabur pada akhir dagangan hujung minggu lalu. Pelabur jangka pendek berkemungk­inan akan membeli semula jika harga sahamnya naik dan melepasi garis aliran menurunnya.

Pelabur jangka pendek terus aktiviti

Kenaikan pada harga saham D&O pada minggu lalu dijangka cuba untuk menguji paras rintangan terkini iaitu pada harga 38 sen. Indikator MACD memberi isyarat membeli pada minggu lalu.

Momentum kenaikan kaunter CENTURY pada hari terakhir urus niaga Jumaat lalu juga dijangka menarik perhatian pelabur minggu ini. Selepas mengalami tekanan jualan pada urus niaga sebelumnya, ia kini kembali menarik minat belian. Kaunter COMFORT dijangka terus menguji paras rintangan semasa pada garisan SMA 200 hari minggu ini. Jika paras rintangan itu berjaya ditembusi pembelian baru dijangka dilakukan oleh pelabur.

Pengumuman kejayaan syarikat DAYA mendapat kontrak agak besar yang bernilai RM224 juta minggu lalu dijangka memberi sumbangan positif ke atas prestasi kewangan syarikat itu. Namun masih terdapat tekanan kewangan ke atas syarikat ini yang menjalanka­n banyak aktiviti yang berkaitan sektor minyak dan gas yang tidak memberi pulangan yang baik buat masa ini.

Sokongan belian kini dilihat datang kembali ke atas kaunter M3TECH pada urus niaga minggu lalu yang kini diniagakan pada paras sokongan sekitar 6.5 sen. Ia dijangka menarik perhatian pelabur runcit untuk melakukan pembelian dan pengumpula­n saham pada paras.

Sentimen pasaran kembali positif pada sesi akhir dagangan minggu lalu apabila pengumuman dibuat oleh Fed yang tidak menaikkan kadar pinjaman semasa. Pengurus dana kembali ke pasaran serta membuat pembelian baru. Dijangka aktiviti pembelian ini akan berterusan minggu ini dan indeks FBM KLCI dijangka meneruskan aliran menaik pada minggu ini.

Dari segi analisis teknikal, minggu lepas FBM KLCI mengukuh 18 mata untuk asas mingguan dan ditutup pada paras 1,670.99. Analisis Purata Pergerakan Harga menunjukka­n FBM KLCI mulai berada pada aliran menaik berdasarka­n Purata Pergerakan Mingguan (SMA5).

Purata Pergerakan Bulanan (SMA30) dan Purata Pergerakan Tahunan (SMA200) menunjukka­n indeks masih berada di dalam aliran mendatar. Namun begitu, pada Khamis lepas FBM KLCI berjaya melepasi paras SMA200

Pada asas mingguan, momentum FBM KLCI menunjukka­n kenaikan. Petunjuk Indeks Kekuatan Relatif (RSI) menunjukka­n bacaan pada minggu lalu berada pada paras 63.1 peratus berbanding 53.3 peratus minggu sebelumnya.

Ini bermakna, untuk asas mingguan, momentum FBM KLCI kembali kuat. Untuk asas harian, bacaan RSI Jumaat lalu (50.3 peratus) juga menunjukka­n pengukuhan berbanding Khamis (45.2 peratus).

Paras SMA30 bertindak sebagai paras rintangan FBM KLCI untuk minggu ini dan rintangan seterusnya pada paras 1,690. Paras sokongan semasa dilihat berada pada paras SMA5. Sekiranya paras ini gagal bertahan, paras sokongan seterusnya ialah pada paras 1,650. FBM KLCI dilihat akan berada di antara paras 1.650 dan 1,690.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia