Berita Harian

Sasaran terkini MFCB sekitar paras RM2.19

-

MFCB mencatatka­n keuntungan bersih 1H16 RM19.8 juta tidak termasuk keuntungan pembinaan RM40.9 juta untuk Projek Kuasa Hidro Don Sahong di Laos dan lain-lain keuntungan ‘luar biasa’ berjumlah RM1.6 juta. Secara tradisinya, separuh kedua tahunan adalah musim yang memberi impak positif kepada MFCB

Analisis fundamenta­l

Pendapatan sesaham syarikat (EPS) adalah sebanyak 21.96 sen sesaham. Nisbah harga ke atas pendapatan syarikat (P/E Ratio): 9.52. Nisbah Aset ketara bersih (NTA) adalah sebanyak RM2.79 sesaham.

Analisis teknikal

Untuk tempoh 52 minggu yang lalu, MFCB mencapai paras tertinggi pada harga RM2.63 manakala paras terendah ialah pada harga RM1.68. Pada Jumaat lalu, saham ini ditutup pada harga RM2.09.

Pergerakan harga MFCB pada Jumaat lalu menunjukka­n ia menokok RM0.06. Berdasarka­n Purata Pergerakan Harga Bulanan (SMA30) dan Purata Pergerakan Harga Mingguan (SMA5), saham ini berada di dalam aliran menaik. Purata Pergerakan Harga Tahunan (SMA200) menunjukka­n MFCB berada di dalam aliran mendatar.

Petunjuk Indeks Kekuatan Relatif (RSI) harian pada Jumaat lalu adalah di paras 65.5 peratus dan menunjukka­n peningkata­n berbanding bacaan RSI pada Khamis iaitu di paras 44.8 peratus. Ini bermakna momentum kenaikan saham MFCB semakin bertambah untuk asas harian.

Paras sokongan terkini adalah di sekitar paras SMA5. Paras rintangan pula adalah pada sekitar paras RM2.19, RM2.24. Sasaran terkini MFCB ialah sekitar paras RM2.19. Sasaran seterusnya ialah pada sekitar harga RM2.29

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia