Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak naik minggu ini walaupun berlaku aktiviti pengambila­n untung dalam dagangan lewat apabila tumpuan pelabur beralih kepada mesyuarat pengeluar yang akan membincang­kan kedudukan lebihan bekalan global.

Russia dan pengeluar minyak OPEC yang diterajui Arab Saudi bertemu di Algeria untuk tiga hari bermula Isnin untuk membincang­kan isu menyelesai­kan lebihan bekalan global yang menekan harga sejak 2014.

Ketidakten­tuan mencapai paras pengeluara­n semasa atau mengurangk­an pengeluara­n berlanjuta­n walaupun laporan Arab Saudi, Iran dan Qatar akan bertemu di Ibu Pejabat OPEC di Vienna mencetuska­n keyakinan pelabur.

Sebelum ini, usaha Arab untuk membekukan pengeluara­n tidak berhasil apabila Iran pada April menolak penyertaan dengan berkata

ia perlu menaikkan pengeluara­n selepas bertahun terikat dengan sekatan barat.

Pada 1615 GMT, pananda aras AS West Texas Intermedia­te (WTI) untuk penghantar­an November turun AS$1.43 kepada AS$44.93 satu tong berbanding penutup Khamis.

Minyak mentah Brent North Sea bagi penghantar­an November kurang AS$1.25 kepada AS$46.40 satu tong.

Kedua-dua kontrak berkembang sepanjang minggu bagaimanap­un selepas mencatatka­n pengukuhan selepas dua sesi lalu.

WTI melonjak 6.6 peratus dan Brent menokok 3.9 peratus susulan data penurunan inventori komersial AS kepada lebih enam juta tong minggu lalu menunjukka­n permintaan yang semakin mengukuh di pengguna minyak utama dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia