Berita Harian

Pasaran diunjur mendatar

Kebimbanga­n kadar faedah AS pengaruhi bursa

-

Bursa Malaysia berkemungk­inan mengalami dagangan mendatar minggu ini dengan indeks penanda aras diunjur berada antara paras 1,660 hingga 1,680 susulan kebimbanga­n baharu terhadap kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata FTSE Bursa Malaysia KLCI akan kekal mendatar sehingga Rizab Persektuan AS (Fed) memberi petunjuk yang lebih positif mengenai hala tuju dasar monetariny­a ketika mesyuarat pada Disember.

“Pada masa ini, agak samarsamar mengenainy­a. Tambahan pula, mata wang tempatan yang lemah pada kira-kira RM4.1 berbanding dolar AS, serta harga minyak yang rendah, akan mempengaru­hi sentimen belian minggu depan,” katanya.

Ketika minggu berkenaan, Fed dan Bank of Japan memutuskan untuk mengekalka­n paras kadar faedah masing-masing, yang membantu mengurangk­an kebimbanga­n pelabur serta telah menaikkan sentimen pasaran.

Bagi minggu yang baru berakhir, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 18 mata kepada 1,670.99 berbanding 1,652.99 pada Khamis lalu.

Bagi asas minggu ke minggu, Indeks FBM Emas naik 135.78 mata kepada 11,810.22, Indeks FBMT 100 meningkat 132.35 mata kepada

Nazri Khan Adam Khan, Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank

11,511.79 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 156.49 mata kepada 12,483.72.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menambah 31.54 mata kepada 14,248.42, Indeks Perusahaan naik 44.95 mata kepada 3,144.18, manakala Indeks Perladanga­n meningkat 111.73 mata kepada 7,958.34.

Jumlah dagangan mingguan naik kepada 8.2 bilion unit bernilai RM9.21 bilion daripada 4.09 bilion unit bernilai RM5.65 bilion pada minggu lalu.

Di pasaran utama, jumlah dagangan menokok kepada 5.14 bilion saham bernilai RM8.67 bilion daripada 2.78 bilion saham bernilai RM5.43 bilion yang diniagakan sebelumnya.

Jumlah dagangan waran pula naik kepada 1.93 bilion saham bernilai RM359.65 juta daripada 639.56 juta saham bernilai RM123.05 juta.

Pasaran ACE menambah kepada 1.16 bilion saham bernilai RM168.48 juta daripada 462.11 juta saham bernilai RM97.94 juta minggu lalu.

FTSE Bursa Malaysia KLCI akan kekal mendatar sehingga Fed memberi petunjuk yang lebih positif”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia