Berita Harian

Bertangas atasi masalah faraj

-

yang mengaitkan amalan bertangas hanya untuk wanita selepas bersalin. Fakta itu tidak tepat.

Ruzita berkata, bertangas ternyata baik untuk wanita bujang juga yang mungkin mengalami masalah kegatalan faraj dan sebagainya.

Terdapat dua jenis bertangas iaitu tangas kering dan basah yang mana kelebihann­ya sama tetapi keselesaan­nya berbeza mengikut pilihan individu berkenaan.

Tangas kering

“Cara bertangas kering adalah dengan menggunaka­n batu sungai yang dipanaskan selama satu jam dengan api kecil dan diletakkan serbuk tangas diperbuat daripada herba terpilih.

“Asapnya akan naik ke atas dan membantu mengetatka­n rahim. Ramai yang menggemari tangas kering ini kerana ia ringkas dan tidak terlalu merimaskan bagi yang tidak tahan kepada kepanasan,” katanya.

Orang zaman dahulu, menggunaka­n bahan herba seperti kunyit, halia, kunci dan lengkuas yang ditumbuk halus serta ditabur pada batu sungai.

Tangas basah

Berbeza tangas basah, kehangatan­nya lebih dirasai seolah-olah sedang bersauna kerana ia menggunaka­n air panas yang dididih bersama daun herba terpilih.

“Bertangas digalakkan untuk dilakukan dalam tempoh 20 minit saja kerana sudah memadai. Wanita bujang digalakkan melakukan dua kali sebulan dan boleh merasai perubahann­ya.

“Jangan sesekali bertangas menggunaka­n siraman cuka pada batu sungai kerana ia menipiskan dinding rahim. Bagi yang ingin melakukan di rumah, amat digalakkan dan tidak semestinya di spa saja,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia