Berita Harian

Misi wajah tanpa solekan Alicia

-

Gerakan tanpa solekan untuk wanita supaya mereka lebih menghargai, menyayangi dan yakin dengan diri sendiri.

Itu mesej yang cuba dibawa oleh selebriti terkenal Hollywood, Alicia Keys, apabila tampil pada anugerah muzik berprestij MTV Video Music Award 2016, baru-baru ini tanpa mengenakan secalit solekan.

Beliau yang popular dengan lagu Fallin pada sekitar tahun 90-an mencetuska­n fenomena dan mengejutka­n ramai pihak dengan tindakan beraninya itu.

Ternyata, penampilan tanpa solekan itu bukan kali pertama, malah Alicia juga pernah menghadiri satu majlis anugerah BET pada Jun lalu dengan muka yang polos.

Alicia dihujani pelbagai kritikan, khususnya di media sosial sehinggaka­n ia menjadi trend di dalam Twitter dengan penggunaan hastag #nomakeupmo­vement

(gerakan tanpa solekan).

Suaminya, Swiss Beazt yang juga seorang pemuzik, kemudian tampil dengan video di laman akaun Instagram untuk mempertaha­nkan tindakan isterinya itu. Di dalam video berdurasi 59 saat itu antaranya beliau berkata; “Ini adalah perkara serius, orang ramai marah kerana dia, Alicia tidak mengenakan solekan, sedangkan solekan itu bukan di wajah mereka,” katanya.

Hebat tanpa solekan

Penyanyi berusia 35 tahun ini menjelaska­n, keputusan untuk membuat penampilan tanpa solekan itu membuatkan dirinya rasa hebat kerana berani menonjolka­n dirinya yang sebenar.

Katanya, pengalaman dalam bidang seni selama 15 tahun benar-benar mematangka­n dirinya dan beliau letih dengan penilaian masyarakat yang skeptikal terhadap wanita.

Menyingkap kembali dirinya ketika mula berada dalam industri seni, Alicia dikritik dengan teruk kerana penampilan­nya dikatakan tidak menepati kehendak industri seni. Perkara itu cukup menyedihka­nnya kerana semua pihak mahu melontarka­n pandangan atau mengatakan sesuatu. Kononnya untuk mencapai tahap kesempurna­an, wanita perlu berada pada skala tertentu.

Perkara itu menyebabka­n beliau takut untuk keluar tanpa solekan kerana takut dikecam dan dinilai dengan teruk.

“Saya selalu terfikir ketika keluar dari rumah tanpa solekan, bagaimana sekiranya ada pihak yang mengambil gambar dan sebarkan dan bagaimana pula jika secara tibatiba penggambar­an perlu dijalankan.

“Situasi ini membuat saya sendiri kurang yakin dengan diri sendiri. Puncanya adalah kerana terlalu takut dengan penilaian masyarakat,” katanya.

Runtuhkan dinding penghalang

Lama- kelamaan Alicia berjaya mengatasi perasaan gentar itu dengan melakukan banyak meditasi dan ia menjadi satu bahan untuk pembikinan album baharunya.

Hasil daripada itu, beliau rasa dirinya berada pada satu tahap yang sangat hebat, bebas dan tidak pernah rasa begitu cantik sepanjang hidupnya.

“Saya berjaya meruntuhka­n dinding yang menghalang untuk menjadi diri sendiri saat saya mendengar kata hati. Begitulah gerakan tanpa solekan bermula,” katanya.

Sejak itu, Alicia dilihat menghadiri beberapa majlis tanpa solekan dan juga tanpil dalam majalah

seperti itu. Beliau berharap gerakan yang dilakukan itu menjadi satu revolusi.

Beberapa bulan kemudian, selebriti Cameron Diaz tampil dengan selfie tidak bersolek bagi membincang­kan mengenai penuaan.

 ??  ?? Wajah polos Alicia pernah mendapat kecaman peminat. Vanity Fair
Wajah polos Alicia pernah mendapat kecaman peminat. Vanity Fair
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia