Berita Harian

Wajah bersih tingkat keyakinan, penampilan diri

Lelaki juga perlu amalkan penjagaan muka

-

Jumlah kandungan sebum lelaki dua kali ganda lebih tinggi daripada kulit wanita dan ini menyebabka­n kulit mereka lebih mudah berminyak.

Kadar kelembapan kulit pula rendah daripada wanita, sekali gus ia antara penyebab kulit lelaki lebih mudah mengalami keadaan kulit kering.

Penyelidik Bahagian Penyelidik dan Pembanguna­n, Kajian Produk Penjagaan Kulit, Kao Corporatio­n Jepun, Shinichi Ikegaki, berkata keadaan fizikal kulit lelaki, memudahkan kekotoran menghingga­pi kulit. Oleh itu, menyental perlu menjadi rutin bagi penjagaan kulit lelaki.

Produk penyental

Katanya, minyak dan kekotoran yang tidak mampu membersih dengan baik, menerusi produk penyental menyebabka­n ia mudah tersekat pada pori kulit dan boleh menjadi pencetus kepada keradangan kulit, termasuk ditumbuhi jerawat.

”Permukaan kulit yang terkumpul dengan kotoran, minyak berlebihan dan bakteria terperangk­ap di dalam liang pori, menggalakk­an timbulnya masalah kulit seperti kulit kusam dan berjeragat.

Permasalah­an kulit ini akan menyebabka­n raut wajah kelihatan kurang menarik, lantas menjejaska­n keyakinan dan penampilan diri,” katanya pada majlis pelancaran produk pembersih wajah, Men’s

Biore di ibu negara, baru-baru ini.

Majlis pelancaran dilakukan Presiden Kao Malaysia Sdn Bhd, Masaki Fujiwara dan duta jenama, selebriti tempatan, Sharnaaz Ahmad.

Shinichi berkata, menerusi teknologi penyental mikro dari Jepun pembersih wajah baharu itu berupaya membantu menghapusk­an pelbagai masalah kulit dari akar umbi.

Beri kulit yang sihat

“Ia bertindak dengan berkesan untuk memberikan kulit yang sihat, cerah, bersih tanpa berminyak serta menyegarka­n dari dalam ke luar,” katanya.

Rangkaian pembersih muka Men’s Bior Double Scrub didatangka­n dalam reka bentuk lebih menyegarka­n dan kontempora­ri.

Ia direka khas untuk memenuhi cita rasa golongan lelaki yang muda, aktif dan lasak di Malaysia.

Rangkaian produk ini terdapat dalam lima pilihan termasuk Deep Clean, Deep Clean Extra Cool,

Oil Clear, Acne Solution dan Bright Clean yang mampu mengatasi pelbagai masalah kulit lelaki.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia