Berita Harian

Beli-belah mekap di awan biru

-

barangan bebas cukai, Airasia Big Duty Free, baru-baru ini, mengumumka­n kolaborasi bersama jenama mekap, Simplysiti.

Dua produk edisi khas menjadi pilihan iaitu

dan

Kedua-duanya kini boleh didapati dalam semua penerbanga­n Airasia (kod penerbanga­n AK) dan Airasia X (kod penerbanga­n D7).

Pengerusi Eksekutif Airasia Berhad merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia X Berhad, Datuk Kamarudin Meranun, berkata pihaknya teruja bekerjasam­a dengan jenama mekap itu yang menawarkan dua produk eksklusif ke lebih daripada 120 destinasi seluruh dunia.

Katanya, selain dijual di awan biru, rangkaian Simplysiti juga boleh didapati dalam talian di laman bigdutyfre­e.com, sekali gus menjadikan Airasia

BIG Duty Free sebagai satu platform khas untuk semua produk Simplysiti.

Lebih mudah didapati

“Produk buatan Korea ini dijual pada harga promosi RM54 setiap satu di dalam penerbanga­n Airasia dan Airasia X. Kedua-dua produk ini adalah rangkaian produk paling laris Simplysiti dan tidak boleh dibeli di tempat lain,” katanya.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Simplysiti Sdn Bhd, Peter Sellick Davies; Pengerusi Eksekutif Simplysiti Sdn Bhd, Datuk Sri Khalid Mohamad

Jiwa; Presiden Simplysiti Sdn Bhd, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin; Ketua Pegawai Eksekutif Airasia X Berhad, Benyamin Ismail dan Ketua Pegawai Operasi Simplysiti Sdn Bhd, Nik Harris Nik Kamaruddin.

Sementara itu, Siti Nurhaliza berkata, menerusi kerjasama ini, beliau berharap produk ini lebih mudah didapati di pasaran domestik dan antarabang­sa.

“Perkongsia­n ini memudahkan produk Simplysiti merentas sempadan dan seterusnya melonjak lebih jauhkedala­mpasaran yang belum diterokai secara global,” katanya.

 ??  ?? Siti Nurhaliza (tengah) gembira dapat bekerjasam­a dengan Airasia Big Duty Free.
Siti Nurhaliza (tengah) gembira dapat bekerjasam­a dengan Airasia Big Duty Free.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia