Berita Harian

Misi bukti kanser bukan penamat kehidupan

Zaki laksana impian kembara solo ke seluruh dunia

-

Disahkan menghidap penyakit kanser tahap ketiga, bagi kebanyakan orang sudah tentu memberi tekanan amat berat bukan saja dari segi fizikal tetapi juga mental.

Apakan tidak, penyakit kanser ibarat pembunuh senyap, datang secara tibatiba dan kesannya kepada kebanyakan pesakit sering membawa kepada kematian.

Tapi lain pula bagi

Zaki Mohd Yamani, yang menghidap hodgkin lymphoma tahap ketiga.

Penyakit ini bukan penghalang untuknya terus merealisas­ikan impian untuk mengembara seluruh dunia.

Anak muda ini yang disahkan menghidap kanser pada tahun 2014, menegaskan memang menjadi impiannya dari kecil untuk mengembara menggunaka­n konsep secara tumpang kenderaan atau hitch hiking.

Mulakan di negara sendiri dahulu

Zaki baru menamatkan kembara hitch-hiking’ ke seluruh Semenanjun­g bermula 20 Ogos hingga 9 September lalu.

“Sebelum mengembara keseluruh dunia, mulakan di Malaysia dulu,” katanya.

Menurutnya, beliau akan menahan kenderaan dengan menulis destinasi dituju pada kotak untuk mendapat perhatian pengguna jalan raya yang sedia membantu.

“Menerusi misi itu, saya mahu memberitah­u masyarakat bahawa kanser bukan tiket untuk mati, sebaliknya nikmati kehidupan ini dan terus berjuang.

“Saya hanya membawa dompet berisi wang tunai RM13, Mykad dan lesen memandu serta beg pakaian,” katanya

Melawan emosi

Zaki berkata, beliau sudah lama mengimpika­n untuk mengembara secara solo ke seluruh dunia, tetapi cita-citanya itu terbantut apabila disahkan menghidap penyakit kanser.

Sejak itu, beliau banyak menghabisk­an masa berulang-alik ke hospital, selain turut menjadikan hospital sebagai rumah keduanya.

Ini kerana bukan sahaja kanser, Zaki juga menghidap jangkitan kulat di otak.

“Sejak dua tahun lalu, banyak masa saya di hasilkan di hospital, menjalani rawatan kemeotrapi selain berusaha dari segi emosi untuk melawan penyakit ini,” katanya.

Tidak bergantung kepada ubat

Pada awal tahun ini, terjadi satu peristiwa yang menguatkan semangatny­a untuk mencuba dan mencabar diri sendiri, iaitu mengembara secara hitch-hiking.

“Ada satu peristiwa di saya terserempa­k dengan pengembara hitch-hiking dari luar negara di Kuala Gandah, Pahang.

“Pengembara itu hendak pergi ke Taman Negara, tetapi saya tinggal di Jerantut, dan tidak boleh hantar terus ke Taman Negara. Akhirnya saya ajak tinggal dan merasai suasana kampung saya selama beberapa hari dan dia bersetuju.

“Dari situ, saya banyak memahami dan tahu mengenai konsep kembara sebegini dan dia banyak bercerita mengenai pengalaman­nya ketika tinggal di rumah saya,” katanya.

Zaki berkata, berdasarka­n pengalaman itu membuatkan dirinya terfikir apa salahnya mencuba sesuatu yang baru dan mencabar.

“Walaupun belum sembuh 100 peratus tetapi saya sudah tidak bergantung kepada ubat. Mungkin ini masa untuk saya bertindak dan kejar impian,” katanya.

Namun perancanga­nnya hanya tinggal perancanga­n sehinggala­h akhirnya Zaki betul-betul nekad untuk keluar mengembara pada 20 Ogos lalu, bermula dari rumahnya di Kampung Bukit Rang Dua, Pulau Tawar, Jerantut.

Pemuda ini membawa sedikit wang tunai, Mykad dan lesen memandu serta beg pakaian saja, mula berjalan kaki menuju ke jalan besar menumpang kenderaan menuju ke Kuantan.

 ??  ??
 ??  ?? Zaki menulis destinasi dituju pada keratan kotak sebelum menahan kenderaan.
Zaki menulis destinasi dituju pada keratan kotak sebelum menahan kenderaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia