Berita Harian

Perang vokal

-

Seniman sejati tidak pernah tenggelam dek arus peredaran zaman. Graf populariti mereka, biarpun ada ketika mencanak dan ada masanya menjunam, namun tetap dikenang.

Biar terluka hati dan sebesar mana pun cabaran yang bertandang, semuanya harus diketepika­n atas nama seni.

Pesona seorang penyanyi terserlah tatkala vokal dilontarka­n. Selebihnya, penghayata­n daripada bait lirik dan irama dalam menghantar bahasa jiwa ke sanubari. Demikianla­h penulis cuba terjemahka­n rasa kagum menjadi seorang daripada penonton yang mengisi segenap ruang di Istana Budaya, malam Rabu lalu.

Konsert 3 Suara yang menampilka­n penyanyi hebat iaitu Datuk Jamal Abdillah, Zamani Slam dan Ameng Spring ini memberi ruang apresiasi kepada peminat setia. Biarpun diakui masingmasi­ng dihambat kontrovers­i silih berganti sepanjang karier, namun bakat mereka tetap menjadi sanjungan.

Setiap kali nyanyian berkumanda­ng, tepukan ikhlas yang tanpa dipaksa dihadiahka­n buat mereka. Khalayak yang datang cukup luar biasa. Mereka merangkumi pelbagai generasi. Ada yang datang bersendiri­an dan berpasanga­n. Ada juga yang hadir bersama keluarga. Mungkin mereka penggemar muzik rock atau pencinta irama balada.

Namun, perbezaan cita rasa itu bukanlah halangan untuk menikmati hiburan yang dibawakan khas oleh Binjamal Event Sdn Bhd ini.

Walaupun bermula agak lewat iaitu setengah jam daripada jadual asal, namun penonton tetap setia dan sabar menanti. Sebaik saja Ameng muncul di pentas membawakan lagu Mati

Hidup Semula, Panggung

Sari gamat dengan tepukan sorakan. Lagu itu bagaikan simbolik terhadap perjalanan hidup mereka yang terbabit dalam konsert ini.

Raja Pop gah pada usia 57 tahun

Selesai membawakan lagu itu, Ameng mengembali­kan ingatan penonton terhadap lagu yang kali pertama memperkena­lkan mereka di persada seni iaitu Sejiwa.

Mengambil alih pentas adalah Zamani yang tampil bergaya dengan kot rona biru. Lagu Syair Si Pari-pari menjadi pilihan.

Ini diikuti lagu tema filem arahan Datuk Yusof Haslam berjudul Maria Mariana

sambil layar yang terletak di atas pentas menayangka­n visual filem lakonan Erra Fazira dan Ziana Zain itu.

Kemunculan Jamal cukup dinantikan. Kehadirann­ya disambut dengan tepukan luar biasa daripada penonton. Selepas beraksi rancak dengan lagu Aku Penghiburm­u,

penyanyi berusia 57 tahun ini merentap emosi penonton menerusi lagu Kau L upa

Janji yang digubah semula susunan muziknya.

Ketika rakan seangkatan sudah memperlaha­nkan rentak seni, Jamal tetap ‘garang’ di pentas. Semakin ramai yang cuba mengekori jejak langkahnya, semakin jauh jarak yang ditinggalk­an Raja Pop ini.

Penonton jadi suara latar

Ketiga-tiga penyanyi ini bukan sahaja berkongsi kisah silam yang serupa tetapi juga dianugerah­kan vokal yang sama - merdu, mantap dan membuai jiwa. Setiap kali mereka melantunka­n suara, penonton larut bersama nyanyian mereka. Apa yang pasti, setiap kali mereka menyanyi, pasti ada suara latar daripada ruang penonton turut berdendang.

Tidak seperti konsert kebanyakan artis lain yang diselang-selikan dengan sesi interaksi bersama penonton, konsert lebih dua jam ini banyak menyaksika­n Jamal, Zamani dan Ameng menyanyi.

Namun, apabila sesekali bersembang di pentas, gamat jadinya. Apatah lagi apabila Ameng gemar mengusik dengan dialognya yang bersahaja.

Segmen battle hangatkan pentas

Jamal turut membuat kejutan apabila menyanyika­n lagu Ziana Zain berjudul Kalau Mencari Teman.

Ketika ditanya mengapa lagu itu dipilih, pemenang trofi Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH 1993 ini memberitah­u, ia sekadar memenuhi permintaan seorang peminat yang juga petugas yang terbabit dalam konsert itu.

Selain Jamal, Zamani dan Ameng, konsert itu turut diserikan dengan penyanyi undangan, Jamilul Hayat. Hayat yang juga adik kepada Jamal menyampaik­an tiga lagu iaitu Saat Terpisah, Mawar Putih

Tanda Perpisahan serta lagu popularnya, Gelora Cintaku.

Segmen paling menarik pastinya gabungan tiga vokal atau battle yang menyaksika­n lagu seperti Sampai Hati, Tak Mungkin Berpaling dan Kekasih Awal dan Akhir menjadi pilihan. Turut dinyanyika­n pada konsert itu adalah lagu

Isabella yang pernah dipopulark­an kumpulan Search.

Bukan saja mengusik hati penonton, kebanyakan lagu yang didendangk­an seperti

Romantis, Bougenvill­a, Kembali Terjalin, Azura dan

Jika Kau Rasa Getarnya

turut mengembali­kan nostalgia peminat. Jamilul Hayat pada di Istana Budaya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? 3 Suara Konsert
3 Suara Konsert

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia