Berita Harian

BELAJAR DARIPADA KESILAPAN

Eykafarhan­aakui pernah batalkan sesi fotografi pada awal pembabitan dalam lakonan

-

Berbeza daripada kebanyakan bakat baharu lain yang seakan-akan mengejar peluang untuk ditampilka­n dalam media massa, sebagai sebahagian daripada promosi pembabitan mereka dalam bidang seni, Eyka Farhana, 21, pernah beberapa kali menolak mahupun membatalka­n janji temu fotografi atau temu bual yang sudah diaturkan.

Semua itu berlaku ketika dirinya mula-mula menceburka­n diri di arena berkenaan, kirakira lima tahun lalu.

Bertemu pemilik nama sebenar Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi ini, dia bagaimanap­un, seakan-akan menyesali tindakan tidak matangnya sebelum ini.

Tidak serius

Jelas Eyka, ketika awal pembabitan sebagai pelakon, dirinya belum matang dan tidak serius, apatah lagi untuk memikirkan hala tuju dalam hidup.

“Saya akui pernah meluahkan kata-kata untuk tidak mahu menyertai sesi fotografi pada awal kemunculan dulu. Waktu itu, saya masih di bangku sekolah dan terlalu kebudak-budakan.

“Saya juga bersikap endah tak endah saja mengenainy­a kerana saya rasa, ia tidak memberikan sebarang kepentinga­n kepada saya. Bagaimanap­un, selepas lima tahun berkecimpu­ng dalam lakonan dan sepanjang menjadi anak seni, saya akui sesi fotografi bersama media kini antara komitmen perlu saya berikan sepenuh perhatian.

“Saya tidak lagi seharusnya bersikap sedemikian andai mahu terbabit secara serius dalam lakonan,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi bagi mempromosi­kan filem terbaharu lakonannya, Juvana 3: Perhitunga­n Terakhir, di ibu kota, baru-baru ini.

Filem yang turut dibintangi Zahiril Adzim, Johan As’ari, Adam Shahz, Hasnul Rahmat, Hafreez Adam dan ramai lagi itu akan menemui penonton mulai 29 September ini.

Terbuka terima nasihat

Menurut Eyka, dirinya kini juga sudah lebih terbuka dan matang apabila mendapat nasihat daripada pelbagai pihak.

“Saya pernah membatalka­n sesi terbabit dan menjadikan masa sebagai alasan utama. Selepas menerima nasihat, secara sendiri sikap untuk berubah datang dalam diri saya.

“Saya juga sudah pun memohon maaf daripada beberapa pihak yang pernah berasa hati atas kesilapan yang saya lakukan,” katanya yang menjadikan Nur Fazura dan Fasha Sandha sebagai idolanya dalam dunia berkenaan.

Cuba watak lebih dewasa

Bercerita mengenai lakonan, Eyka berkata, walaupun dirinya masih dianggap baharu, namun dia teringin memegang watak lebih matang dan serius.

Katanya, dia sudah banyak memainkan watak kanak-kanak dan budak sekolah. Justeru, Eyka berasakan dirinya seharusnya diberi peluang untuk mencuba watak lebih dewasa.

“Saya tidak mahu orang anggap saya masih budak-budak lagi. Kalau saya kerap membawakan watak sedemikian, orang akan ingat saya masih kanak-kanak dan remaja.

“Kalau pihak produksi tidak cuba (memberikan watak lebih matang), masakan mereka tahu saya mampu melakonkan pelbagai jenis watak? Saya tidak mahu melakonkan karakter sama, sebaliknya mahukan perubahan dengan sesuatu yang lebih matang dan serius,” katanya.

Impiannya itu tertunai apabila dia diberikan peluang membintang­i drama berjudul Bahagia Kasihmu bersama Fezrul Khan, siaran TV3.

Eyka turut memberitah­u, dia akan memulakan penggambar­an filem berjudul Safari Mall pada Oktober depan, selain menjayakan drama 26 episod siaran RTM.

Eyka Farhana, Pelakon Saya juga sudah pun memohon maaf daripada beberapa pihak yang pernah berasa hati atas kesilapan yang saya lakukan”

 ??  ??
 ?? [ FOTO ADI SAFRI / BH ] ??
[ FOTO ADI SAFRI / BH ]
 ??  ?? Hafreez (kiri) dan Eyka Farhana bakal muncul dalam filem Juvana 3.
Hafreez (kiri) dan Eyka Farhana bakal muncul dalam filem Juvana 3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia