Berita Harian

TUAH DANGDUT

Kerjayasen­i Rosalina kembali rancak selepas jadi pengkritik D’academy Asia

-

Rosalina kembali ligat selepas jadi juri D'academy Asia

Tidak pernah ada erti putus asa dalam diri wanita ini, malah beliau percaya, sekiranya bersabar dan terus berusaha, suatu hari rezeki pasti memihak kepadanya.

Ternyata selepas lebih dua dekad bersabar, sejak awal tahun ini Rosalina Musa mula melakar kejayaan dalam kerjaya seninya dan mencapai populariti mendadak.

“Saya hanya mampu melafazkan syukur kepada Allah dengan nikmat dan rezeki yang melimpah ruah. Saya memang tidak pernah merungut.

“Jauh di sudut hati, memang saya yakin andai tiba masanya, apa yang kita impikan akan tetap menjadi milik kita,” katanya tersenyum penuh makna kala menjayakan sesi fotografi bersama HIP, baru-baru ini.

Putaran hidup berubah

Rosalina mula mendapat perhatian selepas muncul sebagai juri jemputan dalam program realiti

D’academy Asia yang berlangsun­g di Indonesia. Ia mengumpulk­an bakat hebat dalam dunia nyanyian dari rantau Asia Tenggara.

Beliau berkata, putaran dan rutin hidupnya berubah selepas mewakili Singapura sebagai pengkritik bagi rancangan berkenaan selain diberikan peluang muncul menjayakan persembaha­n.

Sebati dengan jalur muzik dangdut, Rosalina, 45, terus mendapat perhatian peminat bukan saja di negara asalnya, malah Indonesia,

Malaysia dan Brunei.

Ternyata, ia membuka lembaran baharu buat penyanyi ini yang sudah lama membabitka­n diri dalam lapangan hiburan, namun sebelum ini hanya dikenali di Kota Singa. “Saya tidak nafikan

D’academy Asia banyak membuka peluang buat saya dan diri saya juga kian dikenali ramai, sekali gus memberikan suntikan semangat baharu dalam kerjaya.

“Sebelum ini memang saya hanya aktif di Singapura dan menerima undangan menyanyi di sana saja. Tidak sangka, lamaran daripada pihak syarikat produksi program D’academy memberikan fasa baharu buat saya,” katanya teruja.

Pernah cuba nasib di Malaysia

Cerita beliau, dirinya pernah mencuba nasib di Malaysia menerusi album Yok Dangdut sekitar tahun 90-an. Dek ada kisah yang enggan dikenang, beliau hanya bertahan selama tiga bulan sebelum pulang semula ke Singapura.

Karier nyanyianny­a diteruskan di negara sendiri sehingga diberikan gelaran Queen of Dangdut dan membuat persembaha­n di sebuah kelab.

“Ternyata lamaran untuk muncul dalam D’academy Asia memberikan peluang yang luas buat saya. Saya sendiri tidak menyangka sambutan diberikan sangat positif,” katanya.

Menyedari situasi itu, Rosalina tekad untuk menyusun dan mengatur semula langkahnya melakar kerjaya sebagai penyanyi.

Lantaran, beliau mengambil peluang menerbitka­n album terkini berjudul Beri Tepukan Yang Gemuruh, yang dihasilkan dan dilancarka­n di Indonesia bersama kelompok peminatnya di negara berkenaan.

“Mereka semua sangat positif dan memberikan sokongan padu, sehinggaka­n pada pelancaran album saya seperti sebuah konsert. Ramai yang hadir,” katanya.

Puji persatuan dangdut negara

Beliau turut berkata, dirinya juga dilamar menjadi pelakon dalam drama di negara berkenaan, selain mendapat lagu sentuhan komposer Indonesia.

Lebih bermakna, Rosalina juga dilamar untuk menjadi pengkritik bagi musim terbaharu D’academy Asia yang bakal berlangsun­g tidak lama lagi. Sementara itu, sebagai artis dangdut, Rosalina turut memberikan sokongan kepada Persatuan Bintang Dangdut Malaysia (Bintang) yang diketuai Ifa Raziah.

Beliau memuji usaha dilakukan oleh kumpulan penyanyi dangdut Malaysia, yang dianggapny­a memberikan makna besar dalam memperjuan­gkan irama berkenaan.

“Saya sendiri adalah ahli bersekutu Bintang dan saya berterima kasih kerana mereka sudi menerima saya.

Saya yakin bintang akan memperjuan­gkan nasib penyanyi dangdut. Saya juga gembira kerana berpeluang bersama persatuan ini,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/ BH ] ??
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/ BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia