Berita Harian

SEKADAR HELAH

Kerja keras, latihan jadikan Mahdi Moudini ahli silap mata tersohor

-

Mahdi Moudini nafi silap mata ada kaitan ilmu hitam

Bidang silap mata, seperti juga beberapa lapangan lain mampu melahirkan nama yang menjadi sebutan ramai. David Copperfiel­d, David Blaine dan Criss Angel umpamanya antara bintang yang mencipta populariti menerusi arena terbabit.

Pada masa sama, setiap kali berbicara mengenai silap mata, sukar untuk lari daripada pandangan skeptikal masyarakat kononnya ia ada kaitan dengan ilmu hitam.

HIP berpeluang bertanya sendiri kepada penerima Anugerah Merlin 2016, Mahdi Moudini, 37, mengenai hal berkenaan dalam pertemuan dengannya, barubaru ini.

Warisi kemahiran datuk

Dalam keadaan tenang, beliau menolak tanggapan itu. Sebaliknya, lelaki kelahiran Iran ini berkata, tidak logik untuk mengaitkan silap mata dengan kuasa ghaib atau ilmu hitam seperti didakwa. Baginya, apa yang utama ialah kebolehan seseorang ahli silap mata yang membuatkan aksi mereka berjaya di depan khalayak.

“Saya seorang Muslim dan saya tidak sesekali mengguna pakai sebarang ilmu hitam setiap kali beraksi. Saya mewarisi kemahiran ini sejak turuntemur­un daripada arwah datuk yang juga ahli silap mata.

“Sebenarnya untuk pengetahua­n semua, latihan gigih dan usaha berterusan dalam setiap aksi yang membuatkan seseorang ahli silap mata berjaya,” katanya memberi penjelasan.

Tambah Mahdi, jika ahli silap mata bergantung kepada kuasa ghaib seperti didakwa, mereka tidak perlu bekerja keras dan berlatih setiap kali menjayakan persembaha­n.

Kena rajin berlatih

Menurutnya, asas utama dalam menjadi ahli silap mata ialah dengan sentiasa rajin dan berlatih mengenai cara serta helah berkesan untuk membuat sesuatu persembaha­n.

“Latihan ini pula bukan sehari dua, malah memakan masa bertahunta­hun. Yang penting, kita kena selalu ada usaha untuk memikirkan taktik dan teknik terbaik.

“Inilah yang dinamakan silap mata, iaitu apabila kita berjaya mencari helah tanpa penonton perasan apa yang kita lakukan,” katanya.

Mahdi berkata, dua anaknya, masingmasi­ng seorang perempuan dan seorang lelaki yang kini berumur lapan serta enam tahun juga sudah mampu membuat aksi silap mata hasil latihan diberikan.

Perbaiki helah elak dikesan

Beliau faham apabila ada yang sukar mempercaya­i dan membuat dakwaan sebegitu kerana bagi menghasilk­an persembaha­n yang berkesan, ia menuntut seseorang ahli silap mata itu membuat persiapan rapi. Semuanya dilakukan bagi memastikan helah mereka tidak dapat dikesan mata kasar.

“Saya tahu ada yang sukar percaya apabila ada aksi yang mempamerka­n seseorang ahli silap mata dapat menghilang­kan bangunan, misalnya, sebenarnya ia adalah helah ilusi sematamata.

“Bagaimana ia dilakukan? Seperti yang saya katakan tadi, ia helah serta hasil latihan dan skil yang gigih,” katanya.

Mengenai kewujudan rancangan yang mendedahka­n mengenai helah magis, Mahdi berkata, ia tidak memberikan kesan kepada beliau kerana sebagai ahli silap mata, ia antara cabaran yang perlu diterima.

Apa yang penting adalah meneruskan usaha menampilka­n persembaha­n dengan helah lebih baik setiap kali muncul di pentas.

Jelajah serata dunia

Berkongsi cerita sepanjang beberapa dekad menjadi ahli silap mata, beliau berkata, banyak pengalaman berharga termasuk menerima habuan lumayan ketika membuat persembaha­n di hadapan kenamaan di beberapa negara.

“Silap mata membawa saya mengelilin­gi dunia seperti Afrika, Hong Kong, Jepun, Amerika Syarikat, Perancis, Norway dan banyak lagi negara. Saya juga bertemu jodoh dengan orang Malaysia melalui silap mata dan kini menetap di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, dirinya bakal menjayakan persembaha­n di Las Vegas, tahun depan.

Ditanya mengenai dunia silap mata di negara ini, Mahdi berkata, Malaysia juga mempunyai bakat hebat dan mampu melangkah ke peringkat antarabang­sa.

Beliau sendiri mengaku bangga mewakili dan membawa nama Malaysia setiap kali mengadakan persembaha­n, meskipun berasal dari negara lain.

Saya seorang Muslim dan saya tidak sesekali mengguna pakai sebarang ilmu hitam setiap kali beraksi. Saya mewarisi kemahiran ini sejak turun-temurun daripada arwah datuk yang juga ahli silap mata” Mahdi Moudini, Ahli silap mata

 ?? [ FOTO HASRIYASYA­H SABUDIN / BH ] ??
[ FOTO HASRIYASYA­H SABUDIN / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia