Berita Harian

ADELE TERKESAN

-

Penyanyi Hello dedikasi konsert untuk Brangelina

Ketika tersebarny­a berita mengenai perpisahan antara pelakon, Angelina Jolie dengan suaminya, Brad

Pitt, Selasa lalu, penyanyi terkemuka dunia, Adele, kebetulan berada di Amerika Syarikat untuk menjayakan konsertnya di Madison Square Garden, New York.

Justeru, sebelum memulakan persembaha­n, Adele menyatakan ia menujukan konsert berkenaan kepada perpisahan dua bintang besar Hollywood itu.

Media melaporkan, sama seperti sebahagian besar peminat di seluruh dunia, penyanyi Inggeris yang terkenal dengan lagu mengenai putus cinta dan kekecewaan itu turut berasa terkejut dengan perkhabara­n berkenaan.

Lagu cinta, patah hati

Selama dua jam, pada konsert terbabit penyanyi itu membawakan deretan lagunya yang bertema cinta dan patah hati seperti Hello, Someone

Like You, When We Were Young dan Turning Tables.

“Mampukah kita membicarak­an masalah besar yang sedang terjadi antara Brangelina? (Persembaha­n) Ini pastinya akan menjadi dua jam yang sangat suram, pengakhira­n buat segala era,” kata Adele, seperti yang dipetik oleh penggemarn­ya di dunia maya, yang kemudian dipetik oleh Entertainm­ent Weekly.

Jolie memfailkan perceraian daripada Pitt pada 19 September lalu dengan alasan masingmasi­ng tidak lagi sehaluan.

Bintang Tomb Raider itu turut meminta hak jagaan ke atas keenam-enam anaknya. Pasangan ini berkahwin dua tahun lalu, selepas hidup bersama selama 12 tahun.

Persembaha­n ini pastinya akan menjadi dua jam yang sangat suram, pengakhira­n buat segala era” Adele, Penyanyi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia