Berita Harian

Nur Alia mahu jadi doktor

- Oleh Siti Syahirah Suhaimi

Berwajah manis dan berperwata­kan lembut, pasti ramai sukar menjangka Personalit­i Didik minggu ini, Nur Alia Shafina Hasdi, 12, merupakan jaguh sukan hoki.

Kehebatan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kepis itu terserlah apabila sudah menyertai kejohanan hoki hingga ke peringkat negeri.

Namun begitu, Nur Alia tidak pernah mengabaika­n pelajarann­ya sama sekali dan sentiasa memastikan sukan dan akademik seimbang.

Bercerita lebih lanjut, Nur Alia berkata, minatnya terhadap sukan itu banyak dipengaruh­i oleh rakan sekolahnya yang bermain hoki.

Berlatih di rumah

“Ketika di Tahun Tiga, ayah melihat kecenderun­gan saya dalam permainan ini dan terus membelikan kayu hoki untuk saya berlatih dan mengasah bakat dengan lebih baik dalam sukan ini.

“Kebiasaann­ya, selepas pulang dari sekolah saya berlatih selama beberapa jam sehari agar mahir memukul dan mengawal bola hoki,” kata Nur Alia.

Kegigihann­ya membuahkan hasil apabila Nur Alia berjaya terpilih menjadi kapten pasukan hoki sekolah.

Cedera ketika berlatih

Berkongsi keperitan bersukan, Nur Alia berkata, dia sudah banyak kali lebam akibat terkena bola hoki dan pernah cedera di bahagian otot belakang paha ketika menjalani latihan.

“Kecederaan dalam hoki bukan perkara asing lagi dan banyak mengajar saya menjadi seorang yang kuat, tidak mudah putus asa dan sentiasa melakukan yang terbaik.

“Tidak dinafikan, hoki menjadikan saya berjiwa kental dan mempunyai semangat juang tinggi untuk terus mara ke hadapan walau apa pun yang terjadi,” katanya.

Menyingkap mengenai cita-cita, Nur Alia mahu menjadi doktor apabila dewasa kelak kerana ingin membantu ahli masyarakat yang tidak sihat.

 ??  ?? Nur Alia, 12, (kiri di barisan bawah) ketika bersama-sama pasukan hoki SK Kepis.
Nur Alia, 12, (kiri di barisan bawah) ketika bersama-sama pasukan hoki SK Kepis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia