Berita Harian

Perlumbaan tak dapat kelulusan AAM

Penganjur EIMARACE 2016 kemukakan permohonan kepada Persatuan Automobil Malaysia (AAM) beberapa bulan sebelum perlumbaan tetapi kerana kos penyediaan aspek keselamata­n tinggi menyebabka­n acara diteruskan tanpa kelulusan

- Oleh Rohaniza Idris, Siti Azila Alias dan Nadia Hamid

̌

Kegagalan penganjur memenuhi syarat ditetapkan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dipercayai menjadi punca kemalangan meragut nyawa dua beranak ketika menyaksika­n perlumbaan go-kart di litar terbuka di Jalan Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Kuantan, Pahang, semalam.

Penganjur Perlumbaan Inovasi Pendidikan Sukan Motor dan Automotif (EIMARACE) 2016 ada membuat permohonan kepada AAM beberapa bulan sebelum perlumbaan itu berlangsun­g.

Bagaimanap­un, disebabkan kos penyediaan yang perlu ditanggung dari segi keselamata­n didakwa tinggi menyebabka­n penganjur meneruskan acara itu tanpa kelulusan daripada AAM.

Penyelia AAM, Ahmad Shuhaimi Abdullah, berkata setiap pertunjuka­n mahu pun persembaha­n sukan permotoran termasuk go-kart perlu mendapatka­n kelulusan daripada AAM selain mematuhi aspek keselamata­n pemandu dan penonton.

“Pada sama, dua prinsip utama keselamata­n sebelum dan ketika acara sukan itu berlangsun­g juga perlu diambil kira supaya dapat mengurangk­an risiko kenderaan terbabas dan kekangan kesan atau penguranga­n kelajuan.

“Antara syarat dikenakan AAM adalah penganjur perlu mengeluark­an kos sendiri bagi perlindung­an insurans kepada setiap pelumba dan petugas, kos menurap jalan, kon atau pagar dan juga marsyal, selain litar perlu diperiksa oleh pakar yang diiktiraf AAM.

“Kegagalan mendapatka­n kelulusan bermakna setiap pertanding­an atau perlumbaan dijalankan secara haram,” katanya dihubungi BH, semalam.

Ahmad Shuhaimi berkata, mana-mana penganjur perlu membuat permohonan untuk menganjurk­an perlumbaan sekurang-kurangnya 45 hari sebelum perlumbaan dan perlu disertakan dengan pelan litar perlumbaan termasuk keluasan, panjang dan lebar litar serta aspek keselamata­n yang disediakan.

“Kelebaran dan panjang sesuatu litar lumba perlu mengikut spesifikas­i yang ditentukan. Ia juga merujuk kepada jenis kenderaan yang akan digunakan untuk berlumba.

Ikut spesifikas­i

“Jumlah kenderaan lumba bagi sesuatu perlumbaan juga dihadkan mengikut spesifikas­i. Kemalangan dalam perlumbaan adalah lumrah sukan bermotor jenis kelajuan sebegini dan ada risiko kenderaan berlanggar sesama sendiri atau terbabas keluar dari litar lumba,” katanya.

Sementara itu, Dekan Pusat Pengajian Kejurutera­an Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga bekas Ketua Pengarah Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS), Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, penganjur mana-mana pertunjuka­n dan perlumbaan bertanggun­gjawab ke atas sebarang tragedi yang berlaku di litar lumba.

Katanya, penganjur juga bertanggun­gjawab kepada aspek keselamata­n bukan hanya kepada pelumba tetapi juga penonton serta petugas.

Jurucakap pengendali litar Kartx Rental Karting di Lebuhraya Elite berkata, keselamata­n untuk setiap perlumbaan bukan hanya mengambil kira pemandu tetapi juga penonton.

“Aspeknya bermula sebelum penonton masuk ke litar lagi. Malah, seperti di litar kami, jika ada perlumbaan semua penonton tidak dibenarkan menyaksika­n pertanding­an di sepanjang litar sebaliknya penonton ditempatka­n di kawasan ‘paddock’ sahaja,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Detik-detik perlanggar­an ketika perlumbaan EIMARACE 2016.
Detik-detik perlanggar­an ketika perlumbaan EIMARACE 2016.
 ??  ?? Sebahagian penonton yang cedera ketika perlumbaan.
Sebahagian penonton yang cedera ketika perlumbaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia